FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, July 19, 2009

Tidur yang nyenyak

Saya menulis entri ini sebaik sahaja siap solat jama Isya' dan Maghrib. Sebaik sahaja mendaftar masuk jam 4.30 petang tadi (setelah seharian di rumah Kak Min yang mengambil saya di KLIA pagi tadi); saya terus mengemaskan kain baju (termasuk ironing semua baju yang dibawa). Selepas itu, saya cuma bercadang merehatkan diri tetapi saya terlena tidur dan hanyalah tersedar jam 11.30 malam. Tidur yang cukup lena mengantikan semalaman tidur yang hilang. Selalunya dalam flight, saya boleh melelapkan mata tapi hari ini tidak begitu. Kapal begitu bising; saya tak pasti berapa lama usia kapal ini tetapi bunyi enjin (tak pasti apa lagi bahagian lain yang berbunyi) membuatkan saya terjaga sepanjang penerbangan. Sampai sahaja di KLIA, Kak Min datang ambil. Seronok dengar cerita Kak Min yang baru dua minggu pulang dari UK. Beliau merupakan salah seorang daripada kumpulan kedua Pengetua-pengetua sekolah seluruh negara yang dihantar berkursus di King's College selama dua bulan. Sekolah-sekolah mereka dipilih menjadi sekolah kluster. Leka melihat gambar-gambar di sana (Kak Min sempat menghabiskan cuti hujung minggu melancong ke Paris dan Scotland dan tempat-tempat menarik di London). Saya sempat juga melihat kegigihan Kak Min untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pengajaran utama yang saya dapati hari ini ialah kesungguhan serta usaha yang gigih pasti menghasilkan kejayaan. Saya mahu berkongsi cerita (saya harap Kak Min tak kisah) bagaimana beliau terus mengadakan sesi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris beliau dengan guru-gurunya di sekolah sebaik sahaja beliau mengetahui beliau akan dihantar berkursus di London. Saya juga melihat seorang Pengetua yang proaktif dan sentiasa ingin memajukan diri (walaupun beliau hanya ada kurang 3 tahun sebelum bersara). Sangat IT savvy, beliau menyiapkan persembahan tugasan dengan slaid menarik dan penuh input. Kalau kita hendak, semua akan menjadi. Saya mengenali beliau sebagai Pengetua yang berusaha menyaipakn kerja sendiri tanpa banyak sangat bergantung kepada anak-anak buahnya. Saya berharap Kak Min akan membina blog beliau agar pengalaman beliau selama ini boleh dikongsi oleh guru-guru muda atau bakal-bakal guru.
Setiap detik yang berlalu dalam hidup kita merupakan proses pembelajaran kepada insan yang masih mendahagakan ilmu seperti saya. Orang-orang yang saya temui dalam kehidupan saya merupakan anugerah Allah kepada insan kerdil seperti saya untuk terus belajar dan menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.
Bilik penginapan saya di Intan Bukit Kiara ini sangat kondusif; sama tarafnya dengan hotel 4 star; kampusnya besar dan cantik (saya impikan kampus Gaya saya akan menjadi seperti ini satu hari nanti). Ada kawan yang tak nak menginap di sini tetapi sanggup berualang alik dari hotel di KL kerana katanya tiada life di kampus ini. Memang kampus ini agak terpinggir (tetapi tidaklah jaun sangat, hampir dengan Taman Tun Dr Ismail), tetapi suasananya yang nyaman dan tenang , sangat terapeutik seperti yang saya impikan. Saya harap Allah berikan kekuatan dan keupayaan fizikal kepada saya sepanjang berkursus kerana bilik penginapan agak jauh dari tempat berbengkel. Ada hikmahnya, berjalan akan menjadi satu senaman yang baik untuk saya.
Harapnya bengkel ini akan menghasilkan pengalaman baru yang lebih menarik kepada saya.

3 comments:

Makngah said...

Salaam,
jealousnya i, wish i was there too.Hope you will enjoy the seminar and can share with me what yoy gained from it.

Anonymous said...

kak zai,

cepatlah balik, rindu nak dengar nasihat-nasihat k.zai.


norlila.

zaidah said...

Terima kasih Cikgu Timah dan Ila. Memang benar mencabar bengkel ni, i tengah pening....