FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, July 12, 2009

Teratak Nenda





Teratak Nenda terletak di Bt 24 1/2 Kampung Brisu, Melaka merupakan tempat dimana saya (dan adik-adik) dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Almarhun ninda tercinta, Haji Baba bin Abdul Rahman dan Hajah Lijah bte Arsat. Sekarang, Jafri (salah seorang adik ipar) menguruskan dusun dan rumah kami itu. Kemana pun saya pergi, dimana pun saya berada, tak mungkin lupa tempat kami bermain dan belajar menjadi manusia. Tadi, dalam perjalanan ke SMAP, RMC dan Putrajaya, kami singgah sebentar di sana. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana mengurniakan rezeki dalam buah-buahan yang melimpah ruah tahun ini; puas hati makan durian, rambutan, cempedak. Manggis dan mata kucing baru belajar berbuah. Ramai yang dapat berkongsi makan, moga-moga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Almarhum nenda berdua, dan kedua Almarhum ibu bapa (ibu disemadikan jauh di Ma'ala, Mekah Al Mukaramah; nenda dan abah di kampung). Amin










2 comments:

Cikgu said...

Salam,puan.dah musim buah-buahan ke?nampaknya, banyak buah di kebun pn. mesti best makan buah-buahan tempatan kan............

Makngah said...

Salaam Zaidah,
Ada mata kucing juga? Saya dah dapat rasa durian dan buah naga jer!!
Cikgu dnO, durian di kebun puan kamu tu memang sedap. Makngah dah rasa dah. Makngah dapat jemputan makan durian oleh adik puan zaidah beberapa minggu yang lepas.