FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, July 5, 2009

Perkenalan






Saya bersyukur kerana ALLAH mempertemukan juga saya dengan Prof Muhd Kamil Ibrahim Pengarah UiTM Johor juga penulis buku terlaris Travelog Haji dan isteri beliau, Puan Hajah Raudzah (Roza) . Semenjak mula membaca buku beliau, Travelog Haji dan mengikuti blog beliau, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan; saya menyimpan impian untuk mendengar ceramah beliau secara live. Kalau diikutkan, memang saya boleh mendengar ceramah beliau bila-bila saya balik ke Semenanjung; tapi saya nak sangat rakan-rakan dan terutamanya anak-anak saya di Kampus Gaya mendengar dan menimba ilmu daripada beliau. Terima kasih kepada Prof yang sudi hadir di surau An Nur. Terima kasih juga kepada Encik Razak, yang menguruskan kedatangan Prof Kamil ke KK. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH yang sesungguhnya Maha Mendengar bisikan hati hamba-hambaNYa.

2 comments:

Anonymous said...

Salaam Zaidah,
Now we are even eh!! Alhamdulillah, dah tercapai cita-cita you nak dengar ceramah prof secara live. Tak bawa prof n Roza pergi menggatal?? Hehhe!!

zaidah said...

Waalaikumsalam
Tak sempat nak bawa Prof dan isterinya ke UiTm Menggatal; terlalu padat jadual Prof.