FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Wednesday, July 15, 2009

Tiga hari yang berlalu

Seperti biasa, masa terlalu cepat berlalu. Sudah tiga hari saya berada di BPG Putrajaya menyiapkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Bukan suatu tugas yang mudah, tetapi tidak juga mencabar. Sukar kerana perlu menaip (menyiapkan dalam Word Document) dari mula, tiada softcopy daripada dokumen lama, tiada juga tempalat. Terima kasih kepada Tuan Haji Zarawi (IPGM Kampus Kota Bharu) yang membantu saya. Berita gembira saya terima pagi tadi ialah pembentangan sukatan KDP 14 M Guru Bimbingan di hadapan Jawatankuasa Kurikulum BPG diluluskan tanpa banyak pindaan . Tahniah kepada Tuan Haji Osman Karim (IPGM Kampus Perlis) dan Cik Angie Garet (IPGM Kampus IPTAR) yang telah membentangkan dengan begitu cemerlang. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Osman yang menelefon untuk memberitahu perkembangan serta mengenang juga sumbangan saya. Menyiapkan sukatan ini suatu yang memenatkan untuk saya sejak awal terlibat; bukan letih berulang alik untuk mengubal dan memurnikan, bukan juga penat bersekang mata menaip satu dokumen yang begitu tebal dengan sesempurna mungkin, tidak terasa langsung kepenatan dalam konteks fizikal. Ia suatu tugasan yang saya sangat seronok melakukan kerana saya terlibat dalam pembinaan matriks perbandingan kompetensi antara sukatan kami dengan sukatan PTK serta terlibat dengan perbincangan yang agak lama dengan teman-teman penyelaras kursus dari seluruh negara. Apa yang perit, kalau begitu? Biarlah sahaja ALLAH yang mengetahui (dan tentunya, teman-teman dalam panel); emosi yang terganggu oleh sikap insan yang tidak perihatin dengan keselesaan insan lain dan membantutkan diri insan lain untuk menyumbang lebih berkesan. Saya anggap semuanya merupakan proses pembelajaran dalam hidup ini dan saya juga tunduk kepada hakikat bahawa saya juga tidak terlepas , mungkin, daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Saya berdoa sukatan yang disemak semula ini yang telah diterima pakai akan membantu bakal-bakal peserta kursus (KDP 14M GBSR) untuk mendapat input secukupnya yang boleh diaplikasikan di sekolah nanti. Sukatan tidak akan berjaya sekiranya aplikasi dan penterjemahan ilmu dan kemahiran tidak diiringi oleh sikap yang positif dan komitmen yang ikhlas.
Tiga hari di Putrajaya, saya dijamu begitu kenyang oleh Kak Siti(Puan Siti Fatimah Pilus,). Hilang semua diet saya selama ini dek penangan sambal pijak gajah (ikan bilis dan cili padi hijau ditumbuk dan diperahkan asam limau kasturi). Tapi, mungkin juga lebih makan untuk menghilangkan kekalutan emosi.
Saya juga dibawa kak Siti bersiar-siar ke seluruh Putrajaya; amat nostalgik sungguh. Bayangkan saya berada di Putrajaya dari mula bandar ini ujud dan kemudian meninggalkannya untuk berhijrah ke KK. Sekali sekala hadir di sini selalunya tidak sempat menyaksikan progress yang berlaku. Tapi, dua hari, Kak Siti memandu saya ke seluruh Precint di Putrajaya dan saya benar-benar mengkagumi persekitaran bandaraya futuristik ini. Apa pun orang kata, bagi saya, ia lambang ketamadunan masa akan datang yang dihasilkan oleh pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang melangkaui abad masa kini. Walau bagaimanapun, traffic jam awal pagi menuju pejabat membuatkan saya rindu amat sangat kepada KK (yang walaupun berlaku juga kesesakan kereta, tetapi tidak begitu teruk). S aya tinggalkan Putrajaya dengan kebanggaaan terhadap reka bentuk bangunan serta kemewahan bandarnya; semuanya merupakan unsur-unsur penting untuk membangunkan ketamadunan sebuah negara bangsa.