FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Tuesday, July 7, 2009

Hari ini

Saya sebenarnya mahu upload gambar Rosni, kawan saya yang bercuti di KK dan bapa saudaranya yang sakit. Tetapi, kamera tertinggal dalam kereta dan tak larat nak turun lagi. Alhamdulillah, bapa saudara kawan yang tenat semalam sudah sedar tetapi masih penuh dengan tiub dan tidak boleh bercakap. Tengahari, saya berjumpa Rosni yang terbang balik ke KL jam 23o petang. Pagi saya hadir mesyuarat dengan Pengarah dan rakan-rakan dalam Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Kemudian, sempat melihat pelawat-pelawat dari Kementerian Pelajaran Oman yang segak berjubah tradidional mereka. Selepas menguruskan beberapa perkara di pejabat, saya terus ke pasar besar KK membeli sedikit lauk ; kemudian singgah sebentar di hospital . Pakcik yang mula membuka mata seronok agaknya melihat saya, wajah yang telah lama menghilang dari daerah Jelebu (hampir 6 tahun). Beliau cuba bercakap walaupun penuh tiub di mulut dan cuba mengangkat badannya untuk bangun. Memang tak boleh, puaslah kami (Norlila dan suaminya, Sabri) menenangkan beliau. Setiap kali saya mengikut Rosni ke rumah emaknya suatu masa dahulu (Ya ALLAH, macam dah berabad...), pakcik ni yang rumahnya sebelah rumah emak Rosni akan menegur "cikgu Zaidah, apa khabar?" Itulah ayatnya setiap kali saya melintas; ALLAH sebenarnya Maha Besar. ALLAH menghantar saya ke KK tentu ada sebabnya dan salah satunya ialah berada dengan keluarga Rosni yang sedang dalam kesukaran di satu tempat yang jauh dari kampung halaman mereka. Subhanallah.
Dalam kelam kabut hari ini, saya menerima panggilan daripada seoarng guru pembimbing yang merupakan anak didik saya. Beliau menyentuh hal yang saya sebutkan dalam entri semalam. Saya memang berhajat nak pergi menyelesaikan kes ini di sekolah itu tetapi saya hanya akan pergi, mungkin esok, bila keadaan tenang. Apa pun masalah atau isu tidak akan diselesaikan dengan bijaksana sekiranya tiada ketenangan. Doakan saya agar saya mampu dan diberikan pertolongan oleh ALLAH s.w.t untuk menangani hal ini dengan hikmah.
Terima kasih kepada komen-komen yang diberikan tentang hal ini serta panggilan telefon dan sms daripada rakan, anak didik dan pembaca blog yang perihatin. Saya sebenarnya tidak mampu menyelamatkan semua anak murid daripada melakukan kesalahan. Kegagalan, kesalahan dan kekhilafan merupakan elemen dalam proses pembelajaran.
Impian saya ialah kedua-dua kumpulan KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang saya telah, sedang dan akan terus membimbing bersatu hati. Saya tidak melebihkan satu kumpulan dengan kumpulan lain, kedua-duanya sama penting, sama kasih sayang saya berikan. Kepada Dino, Maslinah dan rakan-rakan, walaupun anda semua telah graduate, saya tetap perihatin , sedia membantu dan sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar laluan kerjaya anda semua akan menjadi lancar, dipermudahkan ALLAH dan menjadi penjawat awam yang cemerlang. Kepada Nancy dan rakan-rakan , saya mahukan anda tentunya menjadi pelatih yang cemerlang, yang berani mengakui kesilapan serta mengubah diri sekiranya ada keperluan dan menyesuaikan dengan respons persekitaran. Tidak mudah bagi kedua-dua kumpulan anda tetapi sekiranya anda bersatu hati dan mengorak langkah secara berkolaborasi (antara yang senior dan junior); pastinya cabaran mendatang akan lebih mudah dan pantas ditanggani. Siapa pun anda, saya tetap melayan anda sebagi insan yang dimuliakan Tuhan, insan yang mampu menyumbang ke arah kecemerlangan bangsa.
Saya terharu dengan komen Ira (isteri Dino), terima kasih. Saya yakin anda akan menjadi seoarng teman dan seorang isteri yang menyokong komitmen suami dalam menterjemahkan kegigihan beliau dalam bekerja; pada masa yang sama, akan terus mengorak langkah menjadi guru bimbingan yang sama cemerlang seperti Dino.
Saya berharap akan tidur nyenyak malam ini; walaupun saya menantikan tetamu (2 rakan dari KL) yang akan bermalam di rumah saya sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang esok. Flight mereka delay dan agaknya akan sampai jam 11 malam.
Hari ini, semasa bertemu dengan pelatih-pelatih B.Ed TESL Cohort 3, yang pulang semula ke Gaya setelah beberapa ketika di Shah Alam; terkenang Cohort 5 yang sedang dalam kekeliruan dan kebingungan dalam menghadapi hari-hari pertama mereka di kampus Shah Alam. Rindunya pada keletah dan ragam mereka.
Hari ini, dalam segala kesibukan, ingatan melayang juga pada orang yang diizinkan pergi. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk mampu merawat kerinduan ini untuk selamanya.
Hari ini, mungkin kerana penat, mungkin terusik dengan insiden guru pelatih, atau mungkin kerana....., air mata ku tumpah juga, selebat hujan yang turun semalam...

No comments: