FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Monday, July 6, 2009

Kesantunan bahasa


Walaupun badan tersangat penat, saya masih tak dapat lelapkan mata. Email dari seorang pelatih di bawah penyeliaan saya menganggu ketenteraman jiwa. Beliau mengadu dimarahi GB kerana menulis refleksi yang menunjukkan kelemahan sekolah dalam menguruskan bilik UBK. Saya belum lihat tulisannya, jadi tak dapatlah beri komen selayaknya. Isu kejujuran, keterbukaan dan transperency sering menghambat kita sebagai kaunselor. Saya mengajar mereka menjadi diri mereka yang sebenarnya, menyuarakan sesuatu yang benar tanpa takut dan selindung. Saya membina diri mereka agar tidak jadi hipokrit dan pengampu. Kalau mereka begitu, sayakah yang salah ajar?
Memang sukar menerima kenyataan yang benar tapi pahit dikatakan. Hanya insan-insan agung yang mampu menerima teguran dan komen secara terbuka dan tidak defensif.
Apa yang boleh saya katakan? Saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa A tetap A, ia tak boleh jadi B atau C.
Cuma, aturkan bicara selembut mungkin, baik lisan di mulut mahupun pena menulis; sentiasa ingat sopan santun dalam berbahasa agar tidak disalah tafsir dan tidak menunjukkan ego sendiri.
Banyak lagi akan kamu lalui, ini hanyalah sebahagian, sekelumit....semuanya merupakan proses pembelajaran...dan kita tak akan berhenti belajar, belajar, belajar.....masa akan mematangkan kita tetapi belajar tetap diteruskan. Pandanglah sesuatu dengan mata hati...

3 comments:

Cikgu said...

Salam...
Sy x pasti nak panggil kak atau puan. Tapi sy rasa selesa bila panggil kak, tapi dalam masa yg sama rasa segan atas kredibiliti, sifat keibuan, ketegasan ...jd sy lebih selesa dan senang panggil puan kerana masih ada banyak perkara dan ilmu yang perlu sy pelajari dari puan, meski x pernah belajar di bawah bimbingan puan. cukuplah apa yg sy dengar selama ni dr suami dan guru pelatih...memang benar2 buat sy ingin kembalikan masa belajar dan ditempatkan dibawah bimbingan puan.

sy dah tau khabar ni tengahari td masa dno jemput dr sekolah. Apa yang benar2 saya kecewa dr sudut hati sebgai seorang guru kaunseling dan guru pembimbing, guru pelatih seharusnya mdpt sokongan dari guru pembimbing/guru kaunseling sekolah itu. ini tidak, dia biarkan sahaja perkara tu dibawah ke pihak pentadbir tanpa membela guru pelatih tu...org kata lepas tangan padahal guru pelatih tu adalah dibawah bimbingannya...jd, dia seharusnya sedar apa yang perlu dilakukan sebagai seorng guru pembimbing yang baik agar guru pelatih yg dibimbingnya pun cemerlang dan boleh "high 5" guru pembimbingnya...

apa sekalipun tindakan puan, saya sokong...seperti yg puan katakan...seorang kaunselor perlu ketelusan...itu prinsipny yg utama. kita x salah menyuarakn yg benar, tp kalau boleh kita berhemah dan ada kesantunan bahasa tp di sebaliknya ada seribu makna yg tersirat...siapa yg makan cili, dia terasa pedasnya! beginilah rakyat malaysia...jarang sekali kita jumpa yg berlapang dada menerima teguran. Yang ada hanya melenting tp x memperbaikinya...

saya doakan puan agar malam ni boleh tidur lena...insyallah, yang benar tetap menang....

wish u luck!!!
(IRA)

Nancy said...

selamat petang puan ...
Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan saya semasa membaca blog puan tadi tentang kesantunan bahasa. Puan yang telah saya anggap seperti ibu saya sendiri.

Puan sebenarnya bukan salah puan yang mengajar kami tetapi silap saya sendiri yang tidak bijaksana dalam menggunakan kata-kata. Benarlah kata puan, kesopanan bahasa itu sebenarnya amat penting. Bukan juga salah guru pembimbing kami, semuanya bermula daripada diri saya sendiri.

Kesilapan yang tidak dapat diundur semula hanya apa yang mampu saya buat adalah cuba memperbaikinya semula.

Puan janganlah rasa bersalah diatas apa yang berlaku. Sekali lagi sy nyatakan disini, Itu bukan kesalahan puan tetapi kesalahan saya sendiri. Percayalah Puan telah mengajar kami dengan begitu baik selama ini.

Saya harap, peristiwa yang berlaku ini tidak akan mengganggu tidur lena puan lagi.....


nancy

Cikgu said...

Salam,Puan.Sebenarnya dino tidak mahu komen tentang apa yang berlaku ke atas anak murid puan ketika praktikum kerana wife dino telah memberi komen di atas. Namun demikian, tersentuh hati dino untuk memberi pendapat peribadi apa yang sedang berlaku.Puan,ilmu dan kemahiran telah puan berikan kepada mereka dengan sebaik mungkin.Tetapi pengalaman dan budaya kerja sebenar di sekolah perlu mereka perolehi sendiri.oleh itu,biarkan mereka alami sendiri cabaran sebenar seorang guru B&K supaya mereka dapat survive dalam dunia pendidikan sebenar apabila keluar nanti. Cabaran sebenar menjadi seorang guru B&K apabila mereka bermula melaporkan diri di sekolah.Adakah mereka betul2 cemerlang seperti puan harapkan hanya dapat diketahui hakikatnya ketika itu. Bak kata bijak pandai,"Pengalaman Mematangkan Seseorang Tentang Dunia Realiti" dan "Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung". Dino amat setuju dengan komen wife dino. Puan telah memainkan peranan dengan sebaik mungkin. kini tibalah masanya guru pembimbing memainkan peranan mereka pula untuk memberi input2 berguna kepada guru pelatih praktikum.Apa2 pun biarkan mereka belajar dan alami sendiri.Berikan masa dan ruang untuk mereka belajar ketika masa praktikum ini.Akhir sekali, Lepaskan mereka Puan,biar mereka belajar berdikari ketika praktikum ini.Analoginya mereka ibarat anak burung merpati di dunia B&K,banyak lagi mereka perlu belajari dan alami.