FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, July 5, 2009

Berita terkini

Salam kepada semua yang sudi melawat blog saya. Lama saya tak menulis dan ada juga yang bertanyakan keadaan saya. Alhamdulillah. saya sihat. Kenapa tidak update blog? Saya tak pasti bagaimana mahu menjawab walaupun saya tahu benar jawapannya; malas? tidak juga; memang mahu berkongsi entri ; namun emosi agaknya sarat dan letih sehinggakan saya tidak mampu mengatur bicara. Sekiranya fizikal sahaja yang letih dan penat, mudah sahaja ubatnya; tidur dan rehat yang cukup ; hilanglah dan jadi segar semula.
Tetapi, emosi yang sarat dan penat, bagaimana mahu merawat? Hanya masa yang akan menghilangkan perasaan itu dan ALLAH sahaja yang berupaya memberikan kekuatan. Saya berteka teki dan anda tertanya; biarlah sahaja; tidak pantas berkongsi lagi buat masa kini. Hanya apa yang boleh saya katakan ialah sebulan yang lepas, seseorang yang bertahun saya mendesak untuk pergi dari hidup saya, akhirnya, pergi juga. Walaupun sendiri yang mendesak, walaupun sudah lama bersedia untuk kehilangan; terasa juga peritnya. Saya pujuk hati dengan kalimah ; apa sahaja yang ada pada diri ini hanyalah pinjaman dan kurniaan ALLAH; dan kepadaNYA kita akan kembali.
Masa juga berlalu begitu cepat. Saya berhenti menulis entri hampir cuti sekolah. Banyak yang berlaku dan walaupun, rasminya saya bercuti 3 minggu (lebih seminggu dari sekolah); tidak langsung terasa bercuti. Minggu akhir sebelum cuti, saya sibuk dengan mengawas peperiksaan, memberi taklimat dan menyediakan pelatih untuk praktikum , menyediakan jadual waktu dan agihan tajuk untuk kursus dalam cuti. Kemudian, minggu pertama cuti, saya mengajar guru-guru yang mengikuti kursus dalam cuti. Jadual sangat padat kerana saya menghadiri mesyuarat di Port Dickson minggu kedua. Jadi, mengajarlah saya dari pagi ke malam untuk 4 hari berturut. Tidaklah penat sebab saya sangat seronok berdiri di depan kelas dan mengajar.
Pada minggu kedua cuti, saya balik ke Melaka dua hari sebelum ke Port Dickson. Bila tiba di Port Dickson, saya menyiapkan tugasan yang diberi iaitu membantu ahli panel menyiapkan skema kerja untuk kursus Pengajian Profesional dan menyiapkan satu kerja lain secara ad hoc iaitu membuat pemurnian sukatan KDP 14M Guru Bimbingan.
Seterusnya, saya balik ke KK bersama Azah. Dua hari selepas balik ke KK, kawan-kawan sekelas Azah seramai 12 orang datang untuk bercuti di KK. Sepuluh kawan perempuannya menginap di rumah saya; manakala yang 2 lelakinya, saya tumpangkan di rumah pelatih saya (terima kasih, Ijal). Percutian mereka selama 4 hari 3 malam sangat menyeronokkan; saya sediakan itenari ke Kundasang, Island Hopping, ke Perkampung Budaya Monsopiad dan city tour. Saya menyiapkan makanan untuk mereka dan ikut sekali ke Pulau Mamutik dan Manukan. Riuhnya rumah dan bila mereka balik, baru terasa penat. Dalam kesibukan menerima kehadiran mereka, saya sempat juga membantu sedikit kawan-kawan yang sedang menyiapkan tugasan PTK mereka. Kemudian, hari Sabtu sebelum cuti berakhir, saya dijemput berceramah di Membakut untuk guru-guru di sebuah sekolah menengah.
Jadual yang sangat padat dan tiada ruang untuk melayan perasaan ini; tetapi ada masa, ada ketikanya, ia datang juga, dan sebenarnya hampir sebulan saya tidak nyenyak tidor. Sampai terfikir, saya nak dapat imsonia ke? Sekarang dah pulih, saya tahu jangan dilayan sangat ; its all in the mind. Saya selalu beritahu kalimah itu kepada pendengar-pendengar saya bila saya berceramah; sekarang tiba masanya untuk beritahu diri sendiri.
Bila saya balik ke pejabat selepas cuti, sibuk juga membimbing pelatih-pelatih KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang sedang menjalani praktikum. Doa saya ialah anda tabah menghadapi realiti sebenar di sekolah; cabaran yang mendatang jadikan batu loncatan untuk lebih bersedia.
Minggu lepas, saya terbang lagi ke Melaka untuk mesyuarat. Balik hari Ahad 29 Jun untuk menghadiri ceramah Prof Mohd Kamil Ibrahin , Pengarah UiTM Johor di Surau Taman Austral. Esoknya pula, membantu pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk menganjurkan ceramah bertajuk Doa Intisari Kehidupan oleh Prof Kamil.
Malam kelmarin, saya memasak tom yam untuk puteri-puteri ku (KPLI Bimbingan dan Kaunseling) yang bertandang ke rumah. Mereka dah lama agaknya mengidam nak ke rumah, barulah terbuka hatinya untuk mengajak.
Hari ini, saya menghabiskan kerja memeriksa tugasan Kerja Kursus mereka. Ada yang sangat baik hasilnya, ada juga yang agak mengecewakan.
Pagi esok , Insya ALLAH, saya nak melawat beberapa orang daripada mereka yang di bawah penyeliaan saya di sekolah. Saya sentiasa berdoa agar mereka melaksanakan tugasan praktikum dengan cemerlang.
Begitulah kehidupan saya selama saya senyapkan diri. Nanti, akan saya upload gambar yang berkaitan. Doakan saya agar diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kembara kehidupan (yang hanya ALLAH sahaja tahu bila penghujungnya) dengan mendapatkan kembali keceriaan dalam hati ini.

3 comments:

Anonymous said...

semoga cikgu tabah dan kuat dalam menjalani kehidupan yang mendatang...salam rindu...
-syahir-

Cikgu said...

salam,pn.kuatkan semangat.Dino yakin dengan kemampuan pn dalam menghadapi cabaran hidup.setiap yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan dino. mula2 di sekolah kluster S.K Sri Gaya merasa penat,tertekan dan perit sangat.mungkin waktu tue belum bersedia lagi.Tetapi sekarang dino telah bersedia untuk mengharungi cabaran di S.K Sri Gaya. Dino merasa puas dan seronok walaupun penat.Insyallah, dino mastikan diri ini terus cemerlang ke tahap yang lebih jauh dan tinggi mengikut kemampuan dino. dino akan manfaatkan peluang di S.K Sri Gaya dengan sebaik mungkin. Sama-samalah Teruskan berjuangan,puan.

zaidah said...

Terima kasih, Dino dan Syahir. Saya hanyalah insan kerdil, manusia biasa yang ada kalanya tergugat emosi....