FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, July 26, 2009

H1N1

Saya pernah menulis dalam blog ini tentang perlunya kita berdoa agar kita dilindungi daripada terkena virus yang semakin menular ini. Hari ini, saya menulis lagi dengan harapan kita dapat terus berdoa dan solat hajat mohon Allah menjauhkan bala virus H1N1 daripada negara kita dan seluruh dunia. Nampaknya virus ini semakin menganas dan mendekati kehidupan kita. Id diarahkan balik hari Khamis lepas bila sekolahnya, Maktab Tentera DiRaja (RMC) diaarahkan tutup kerana ada pelajarnya yang dijangkiti. Jumaat, Id demam dan terpaksa dibawa ke Klinik untuk menerima rawatan dan diperiksa dengan begitu teliti. Doktor memberikan rawatan untuk demam biasa dan nampaknya dia semakin sembuh. Kesian dia yang terpaksa mengualangkaji pelajaran di rumah sedangkan SPM pun bukannya lama lagi. Saya juga kurang sihat semenjak balik dari KL dan mendapatkan rawatan di klinik, syukurlah , ia hanya simpton demam biasa; mungkin kerana kepenatan atau kerana perubahan drastik keadaan persekitaran ( di bilik seminar INTAN, air con nya sangat berkesan sehinggakan terasa seperti di Kutub yang begitu sejuk; tetapi balik ke KK, saya terasa bahang kepanasan sehingga lewat malam).
Berita bahawa jemaah tua dan kanak-kanak tidak dibenarkan menunaikan haji tahun ini kerana dikhuatiri jangkitan H1N1 yang menular ke Timor Tengah menjelang bulan Oktober merupakan berita yang mengecewakan saya. Nampaknya jangkitan melalui virus ini merupakan bala dan ujian Allah kepada manusia sejagat menjelang abad ke 21 ini. Walau bagaimanapun, saya merasakan usaha kita belum cukup berkesan dan jelas menanggani penularan virus ini. Dimana-mana kita pergi, orangramai masih memenuhi kawasan-kawasan awam (termasuk di airport, di pasaraya, shopping malls dll) tanpa kerisauan dan tanpa prosedur pencegahan yang sewajarnya. Misalnya, di lapangan terbang, penumpang yang terpaksa travel mempunyai sebab munasabah berada di airport; tetapi begitu ramai pula kaum keluarga dan sahabar handai termasuk anak-anak kecil yang ikut menghantar. Saya melihat hal ini di KLIA baru-baru ini; terfikir bahawa tiada pun tanda kerisauan tentang serangan virus itu. Apa yang cuba saya sampaikan ialah mungkin kita cuba mengelakkan diri di tempat-tempat awam sekiranya tiada urusan penting dan sekiranya tiada keperluan kita untuk beramai-ramai memenuhi kawasan awam yang ramai orang dan terdedah kepada pelbagai virus dan kuman. Tapi, mustahil untuk menyaksikan shopping malls yang lengang kerana bukankah bulan ini merupakan sale akhir tahun?
Apa-apapun, marilah sama-sama kita sungguh-sungguh berdoa dan solat hajat mohon ALLAH mengasihani kita dan melindungi kita daripada penularan virus itu (dan seumpamanya) .

No comments: