FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Sunday, February 1, 2009

Rumahku

Syukur Alhamdulillah, saya selamat tiba di Deluxe Court. Penerbangan sepatutnya jam 2.15 petang dibatalkan kerana tidak cukup kapasiti penumpang. penumpang yang dijadualkan untuk penerbangan itu dimasukkan kepada penerbangan jam 3 petang. Rasa seronok juga sebab kapal besar Airbus A330; lebih selesa. Malangnya, setelah berada dalam kapal selama hampir sejam, baru kapal terbang. Untuk teman-teman yang menyangka saya terbang dengan Air Asia, anda silap; ada kalanya penerbangan MAS yang selalu tertangguh. Puas juga mulut berzikir Subhanallah, Alhamdullilah dan Allahuakbar; kebelakangan ini, saya sudah mampu menangani tekanan sebegitu terutamanya bila melibatkan perjalanan KK - KL. Cuma, mungkin pagi sebelum berangkat semasa menunuaikan Solat Dhuha dan Hajat , amalan doa biasa tertinggal ; sudah jadi kebiasaan bila mahu memulakan sesuatu langkah, saya memohon ALLAH Yang Maha Perkasa dan Mempermudahkan agar menyelamatkan dan mempermudahkan langkah /perjalanan. Hari ini, saya terlupa, dan memang satu kembara yang sangat meletihkan. Bayangkan sepatutnya cuma 2 jam 30 minit tetapi tadi, saya habiskan masa dalam kapal terbang selama hampir 3 jam lebih. Mungkin ujian bagi seorang insan tidak sabar seperti saya.
Selepas maghrib, baru berkesempatan membuka talian telefon; banyaknya panggilan tak berjawab dan pesanan ringkas. Rakan-rakan yang dijemput untuk melawat blog saya tertanya-tanya bagaimana nak hantar komen. Begini caranya, anda hanya perlu klik pada bahagian komen yang terletak di bawah setiap artikel dan tulislah komen anda di ruang yang disediakan dan jangan lupa, klik hantar. Nantilah bila kesempatan mungkin saya boleh kongsi langkah-langkah mudah buat blog; ramai rakan yang teruja dengan blog saya. Blog saya tak canggih kerana saya budak baru belajar; kalau ada yang mahir, sudi-sudikanlah mengajar saya.
Kalau nak pergi ke blog saya, paling mudah jika anda taip sahaja alamatnya iaitu http://zai1807.blogspot.com/ , Insya Allah, akan dapat masuk mudah. Terima kasih atas ucapan serta kemasukan anda ke blog saya; amat bermakna buat saya. Besar harapan saya sekiranya anda yang saya hormati dan saya saling menjaga tata susila dan kesantunan (nota untuk Dr Noriati- saya semakin mendalami aspek ini kebelakangan ini) dalam menyusun tutur kata dalam blog. Biarlah ia menterjemahkan kesantunan kita sebagai masyarakat Timur dan etika kita sebagai insan yang tinggi nilai ketamadunannya.
Tajuk artikel saya ialah Rumahku. Hilang penat bila tiba di rumah dan terus mendapatkan pokok bunga yang ditinggalkan selama seminggu. Walaupun bunga ros saya telah dipotong secara tidak sengaja oleh pembantu saya (katanya; biarlah saya berbaik sangka) nampak macam layu, tetapi hati kembali tenang dan ceria melihatkan kehijauan tanaman di balkoni sempit saya. Dan, oh ya, tadi ada sepasang burung (dan anak-anaknya) dijumpai tersorok di salah satu pohon pokok keladi saya. Memang balkoni ini jadi kediaman (dulu sekali sekala tetapi akhir-akhir ini, macam sudah menetap terus) burung-burung. Saya memang sediakan jagung halus (tapi kadangkala dibuang oleh pembantu; katanya , mengotorkan balkoni) sebab setiap awal pagi dan lewat petang, mereka menziarah balkoni saya ( dan , mungkin, saya juga? ).
Apapun, hilang penat dan serabut kepala berada di rumah sendiri (walaupun disewa) ; walaupun penat juga mahu mendaki tangga - kalau ada yang mahu berlatih untuk mendaki Gunung Kinabalu, bolehlah memulakan latihan anda di rumah saya.
YA ALLAH, terima kasih atas nikmat ini.

2 comments:

Makngah said...

Alhamdulillah you are safe and sound, and arrived KK in one piece.I am sure the birds are happy to see you again.I can see that your blog has undergone a lot of changes especially the fonts and colurs. I was just wondering about 'the number of days you have left', on the side bar.What does it really mean?

zaidah said...

Thanks a lot; that means the number of days I have lived, from the day I was born. The software counted automatically, just fill in your birth date and leave the rest to the gadget.