FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Tuesday, February 3, 2009

SELAMAT DATANG


Ucapan ini ditujukan khas kepada kumpulan guru-guru pelatih Major Bimbingan dan Kaunseling yang mendaftar semalam. Walaupun pada awalnya, tiada ambilan kumpulan ini tetapi akhirnya kami terima ambilan kedua seramai 22 orang. Saya belum sempat bersuai kenal dengan semua tetapi pagi tadi bersua muka dengan sebahagian daripada mereka yang sedang menunggu di luar dewan untuk program orientasi. Selamat memulakan kerjaya anda sebagai guru. Langkah yang pertama anda telah mulakan iaitu mendaftar sebagai pelatih di sebuah institusi pendidikan guru. Langkah-langkah seterusnya masih panjang dan berliku ; cabaran pasti akan dihadapi dalam kerjaya anda sebagai guru.

KPLI merupakan program setahun yang padat pengisiannya. disamping interaksi kuliah, anda juga akan terlibat setiap petang dengan GERKO (permainan, persatuan dan unit beruniform). Semua latihan serta input ini perlu sebagai bekal dalam kembara kerjaya anda sebagai seorang guru kelak. Sudah pasti masa akan mencemburui anda dan anda perlu kepantasan, kesihatan yang baik dan kekuatan dalaman untuk mengharungi setahun pengajian ini. (nota: saya juga merupakan lepasan KPLI bertahun dahulu)

Mungkin ada di antara anda pertama kali didedahkan dengan konsep bimbingan dan kaunseling; diharapkan selepas setahun pengajian (termasuk praktikum) anda akan berupaya melaksanakan tugas sebagai Guru Bimbingan dan kaunseling yang cekap, amanah dan cemerlang. Perbetulkan niat anda sebelum anda mulakan kuliah di minggu hadapan. sekiranya anda mengikuti kursus ini dengan azam untuk menjadi guru yang baik, Insya ALLAH, anda akan lancar mengharungi setting kerjaya anda. Sekiranya anda hanya anggap ini satu perlarian daripada tugas lama anda; hati-hatilah kerna tugas dan tanggungjawab seorang guru bimbingan mempunyai skop yang lebih meluas dan mendalam.

Apapun, anda tidak perlu gusar; pensyarah-pensyarah anda semuanya komited dalam tugas mereka; Encik Zul (tutor), Puah Rahmah, Encik Raffaei dan saya pastinya bersiap siaga membantu dan membimbing anda setiap masa.

Saya pernah menerima kumpulan pertama KPLI Major yang sama pada tahun 2007 dan Alhamdulillah, kesemua mereka bukan sahaja lulus cemerlang (dalam peperiksaan akhir dan praktikum) tetapi semenjak ditempatkan di sekolah-sekolah telah membuktikan mereka bersedia diberikan apa sahaja tugas dan tanggungjawab. Syabas kepada Dino , Hatta, Roslan,Roslan, Mas, and the gang (saya ingat nama kamu semua tapi tak cukup ruang) Saya doakan kumpulan baru ini juga mampu bersaing; malah lebih baik daripada senior kamu. Selamat berjaya.
Nota: Gambar adalah kumpulan KPLI Major B & K yang lepas

4 comments:

Roza said...

Assakamualaikum,

Tentu seronok bergurukan puan..

Roza said...

Opps..Assalamualaikum.

Kaunseling adalah antara bidang yang saya kagumi.

zaidah said...

Terima kasih Roza sudi melawat blog saya. Insya Allah, akan sampai masanya Roza juga berkesempatan mendalami ilmu bimbingan dan kaunseling. Saya berusaha untuk menghayati kaunseling dalam Islam.

Fatmawaty.N_B&K_09 said...

saya mewakili rakan-rakan, mengucapkan terima kasih puan kerana mengalu-alukan kedatangan kami group KPLI B&K 2009.
seperti yang puan maklumkan dalam kelas, semoga kesukaran dan rintangan kewujudan option B&K ini bukan menjadi petanda buruk perjalanan KPLI 2009. tetapi diharapkan lebih bersinar mengikut jejak langkah senior yang lepas.
kami sangat mengharapkan bimbingan puan, pensyarah &tutor B&K.