FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Saturday, January 31, 2009

AkmaI Hadi


Yan (adik yang ketiga) menghantar pesanan ringkas bahawa anak sulungnya, Akmal ditawarkan ke tingkatan satu di MRSM Serting. Mendengar sendiri suara Akmal di telefon malam tadi nampaknya ada keraguan di hatinya untuk menyambung pelajaran di sana; dia sudah mulakan pengajian Tingkatan Satu di sebuah sekolah harian di Tampin, aliran agama sejak awal sesi persekolahan 2009. Yong faham Akmal sudah selesa dengan persekitaran sekolah dengan guru-guru dan rakan-rakan yang baru. Agak sukar untuk memulakan lagi langkah kedua pula untuk berpindah sekolah. Rasanya, Yong, Mak Lang(adik kedua ,Salmah) dan semua ahli keluarga mahukan , kalau boleh, Akmal menerima tawaran ke MRSM. Walau bagaimanapun, sudah tentu Akmal lebih tahu apa yang Akmal nak lakukan dengan sedikit bimbingan ibu. Saya cuma berfikir alangkah baiknya sekiranya tawaran MRSM dihantar serentak dengan tawaran ke SBP dan sekolah-sekolah harian biasa. Kesian, anak-anak yang baru tamat sekolah rendah terpaksa melalui banyak perkara baru dan sistem kita tidak membantu mereka untuk lebih selesa. Adaptasi dan asimilasi mengambil masa; orang dewasa seperti saya juga gusar dan ambil masa untuk sesuaikan diri di tempat baru; apatah lagi anak seusia Akmal. Yong doakan yang terbaik untuk Akmal.

No comments: