FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Thursday, February 5, 2009

ADAB KOMUNIKASI

Sudah dua hari saya tidak sempat kemas kini blog; bukan fizikal sahaja yang penat tetapi emosi saya yang begitu terganggu serta memenatkan. Saya fikir saya sudah cukup dewasa untuk menanggani sikap kurang ajar orang lain tetapi rupa-rupanya Allah menguji saya dalam keadaan saya yang sangat selesa dan bahagia kini. Benarlah sebagaimana Allah berfirman dalam kitabNya bahawa tidak diakui kita beriman sehinggalah diturunkan ujian oleh Dia yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
Apa yang berlaku? Tidak usahlah saya memperjelaskan kisahnya secara terperinci; hanyalah mahu berkongsi bahawa komunikasi antara dua makhluk bernama manusia perlulah dijalankan dalam tata cara yang beradab. Ada dua bentuk komunikasi; lisan dan bukan lisan. Bila kita mahu bercakap dengan seseorang, sudah pasti kita perlu bersemuka, menghadap muka serta bertentang mata. Apatah lagi sekiranya yang kita hadap ialah orang yang lebih berumur dan perlu disegani kerana umurnya (kalau tidak pangkat, jawatan atau senioriti). Saya begitu marah bila seseorang melemparkan kertas dan sambil berlalu pergi, minta saya menyelesaikan suatu perkara penting melibatkan kerja kami. Adegan pagi yang emosional pun berlaku kerana mungkin bukan kali pertama saya di perlukan begini(mungkin rakan lain ada yang terkena juga) dan terus berhadapan dengan orang berkenaan. Saya tidak membenci beliau tetapi saya hanya menegur cara beliau yang kurang beradap pada saya.
Hari itu berlalu dengan emosi saya yang sarat kerana kelemahan saya ialah saya pasti mengeluarkan air mata bila begitu marah. saya tidak sedih cuma perasaan marah yang meletus pasti diiringi dengan air mata. Sedih sangat bila keadaan hidup yang begitu selesa dan bahagia diragut oleh satu perasaan marah; yang tidak sepatutnya ada pada saya.
Saya bersyukur perasaan itu tidak berpanjangan dan saya habiskan masa pagi saya berada di surau memohon ampun daripada ALLAH sekiranya saya yang pula terlanjur kata ( bukankan semua yang ada pada kita kepunyaan Allah dan kepadaNya , pasti kita akan kembali) dan doa dan solat sunat mampu meredakan tekanan. Orang yang berkenaan pun telah dinasihatkan oleh Ketua Jabatan untuk memohon maaf (dia telah berbuat demikian lewat sehari; di depan Ketua Jabatan dan Ketua Unit yang lain) dan saya memaafkan dengan mengingatkan dia untuk tidak melakukan sedemikian lagi, samada kepada saya atau orang lain.
Semakin tua kita, semakin kita sensitif dengan tutur kata dan peri laku orang lain. Komunikasi yang berjaya hanya akan berlaku sekiranya kita peka dengan kesensitifan orang lain.

2 comments:

Anonymous said...

Adat dunia dan lumrah alam paun..kekadang suasana hidup kita tergaangu dengan peristiwa yang kita tidak pernah jangka, meski usia mematangkan kita namun cabaran hidup pasti datang...Walau kita tergolong dalam orng yang berilmu dan berfikiran matang peristiwa seperti itu tidak sepatutnya berlaku..Mungkin emosi menguasai segalanya.. apa lagi kedua-dua insan yang terlibat dalam satu bumbung...dan bergelar terpelajar..nyata kita sedar..kita ini hanyalah insan kerdil yang masih punya kelemahan,,Hakikatnya tolak ansur dan permuafakatan adalah kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini..Biarlah kita mengalah biarpun kita tahu kita tidak bersalah...semoga rakan setugas puan itu sedar dan insaf akan perbuatannya yang tidak sopan..sekiranya ia berlaku di pihak saya..rasa tersinggung itu memang ada..

Berdasarkan peristiwa yang puan alami itu..saya terpanggil untuk berkongsi cerita yang sama dengan puan..malah lebih teruk lagi..Ini berkaitan dengan sifat rajin bekerja..mengapa dalam satu bumbung masih berlaku perasaan iri hati sampai sanggup menjatuh orang lain..saya berkerja bukan untuk mendapat ganjaran atau imbalan..Saya melakukan kerja atau tugas kerana rasa tanggung jawap dan kepuasan..tapi pandangan orang di sebaliknya..kenapa perasaan seperti itu boleh wujud...sampai suara-suara sumbang kedengaran..

Berbalik kepada peristiwa puan..jalan penyelesaian ialah bermaafan..dengan hati yang ikhlas dan bukan terpaksa , semata-mata kerana di panggil oleh ketua jabatan untuk berdamai..Sabar puan..kerana kesabaran itu memerlukan keimanan yang tinggi...Anggaplah ia sebagai satu permainan hidup untuk mematangkan kita

SMK Pengiran Omar II said...

what goes around comes around..u r just like us, human being too..we have feelings and thoughts that others might take for granted.