FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Monday, February 9, 2009

Sahabat

Saya menerima panggilan daripada Nor Hawani, sahabat lama semenjak di Putrajaya lagi. Lama kami tidak berjumpa dan berbual. Seronok berbual hinggakan terlupa berbuka (saya berpuasa). Kami berkawan tiga serangkai di SMK Putrajaya Precint 8. Anizakiah, sahabat kami masih di sekolah yang sama; saya ke institut pendidikan guru dan Hawani berpindah mengajar di sebuah sekolah di kk ; mengikut suami. Kami rapat mungkin disebabkan kami bertiga yang mendahului kumpulan isteri-isteri yang mengikut pasangan masing-masing semasa itu. Guru-guru lain merupakan guru-guru terpilih kerana mereka telah mengikuti kursus bestari selama beberapa minggu dan layaklah mereka mengajar di sekolah bestari terunggul ketika itu.
Kami bertiga mengharungi cabaran dan suka duka bersama dan mungkin, itulah yang merapatkan hubungan kami. Tidak pernah kami tersinggung perasaan di antara satu sama lain dan hingga hari ini, walaupun jarang kami bersua muka, cuma sesekali berbual di talian, masih rasa ikhlasnya persahabatan. Saya sendiri anggap persahabatan dengan kedua adik (saya yang lebih tua) ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya. Kami berusaha menongkah arus cabaran ketika itu untuk membuktikan kami juga cemerlang dan mampu bersaing dengan guru-guru lain yang hebat.
Hawani dan Ani, mungkin kita adakan reunion di kk satu hari nanti. Perbualan kami penuh gelak ketawa kerana banyak kisah lucu mahu dikongsi dan diupdatekan. Tersentuh mendengar kisah Hawani yang sanggup mengorbankan azam untuk meneruskan pengajian kerana mendahulukan kepentingan anak-anakmu yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan ALLAH akan membalas pengorbananmu dengan rahmatNya yang melimpah ruah .

No comments: