Kami bertiga mengharungi cabaran dan suka duka bersama dan mungkin, itulah yang merapatkan hubungan kami. Tidak pernah kami tersinggung perasaan di antara satu sama lain dan hingga hari ini, walaupun jarang kami bersua muka, cuma sesekali berbual di talian, masih rasa ikhlasnya persahabatan. Saya sendiri anggap persahabatan dengan kedua adik (saya yang lebih tua) ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya. Kami berusaha menongkah arus cabaran ketika itu untuk membuktikan kami juga cemerlang dan mampu bersaing dengan guru-guru lain yang hebat.
Hawani dan Ani, mungkin kita adakan reunion di kk satu hari nanti. Perbualan kami penuh gelak ketawa kerana banyak kisah lucu mahu dikongsi dan diupdatekan. Tersentuh mendengar kisah Hawani yang sanggup mengorbankan azam untuk meneruskan pengajian kerana mendahulukan kepentingan anak-anakmu yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan ALLAH akan membalas pengorbananmu dengan rahmatNya yang melimpah ruah .
No comments:
Post a Comment