Sebenarnya saya bercadang menulis tajuk ini malam tadi tetapi sangat penat dan tidur awal. Isnin selalunya merupakan hari yang sangat sibuk ; tambahan lagi setelah meninggalkan pejabat hampir seminggu. Dalam perjalanan pulang dari pejabat,saya mendengar perbualan di antara seorang uztaz(tak pasti namanya) dengan DJ melalui saluran Radio IKIM dan tertarik dengan isi perbualan topik mengenal keberkatan rezeki dan perbualan banyak berkisar tentang tata susila makan. Banyak yang dikisahkan tetapi ada satu yang menarik perhatian dan izinkan saya berkongsi dengan anda, pembaca blog ini.
Ada sebuah kedai makan di utara (Kedah) yang mana uztaz berkenaan pergi menjamu selera dan diperhatikan kedai makan itu bersih dari gangguan lalat; sedangkan kedai-kedai makan di sebelahnya penuh lalat. selepas makan, uztaz bertanyakan tuan punya kedai itu dan tuan punya kedai itu kata tiada rahsia; biasa-biasa sahaja. Apa yang biasa-biasa? Katanya, dia pastikan pekerja-pekerjanya amalkan ambil dan pegang bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur dan lain-lainnya dengan tangan kanan. Dalam ertikata lain, dimulakan pegang dan masak dengan tangan kanan dan dibaca BISMILLAH dan SALAWAT berulang-ulang kali; terutama semasa membersihkan bahan-bahan berkenaan.
Uztaz ini mengulas bahawa keberkatan rezeki yang dimakan bermula daripada awal penyediaan termasuklah pemilihan bahan mentah yang bukan sahaja halal, suci, bersih dan dipegang dengan nama ALLAH yang Maha Agung. Menurunya, makanan yang diambil dengan tangan kiri , sudah ada syaitan bertenggek (saya tak pasti perkataan ini; tapi saya quote terus) dan bila kita masukkan dalam badan, ia kan bercampur dengan keseluruhan jasad dan roh kita.
Mudah-mudahan tip ini akan memberikan menafaat buat kita. Kalau yang baik, apa salahnya diamalkan.
Nostalgia.....Selamat Aidil Adha....2010
10 years ago
No comments:
Post a Comment