Tuesday, September 15, 2009
Ramadhan
Updating my blog
Well, its easier to list down excuses.....hopefully I can rectify the problem...Insya ALLAH
Fasa Praktikum yang berlalu
Syabas kepada anda semua.
Sunday, July 26, 2009
H1N1
Saturday, July 18, 2009
Kesyukuran
Saya juga sedar sekiranya ALLAH belum memperkenankan hajat di hati, sudah tentu ada rahsiaNya yang Hanya Dia Mengetahui. Saya pasrah dan redha serta yakin Allah akan merahmati dengan anugerah lain yang lebih bermakna.
Anak-anak didik (KPLI Bimbingan & Kaunseling) hadir ke rumah membawa kek, hadiah dan juadah; siap dipesan kepada saya, usah sediakan makanan. Memang tak sempat pun walau di hati nak sangat menjamu mereka. Malam ini, perlu siapkan minit mesyuarat serta pack baju untuk terbang lagi awal pagi jam 6 ke Kuala Lumpur. Kali ini, saya akan berkursus (bengkel) Writing Cases Workshop di Intan Bukit Kiara selama seminggu.
Saqya mohon anda yang membaca entri blog saya sudi-sudikanlah meninggalkan komen; ramai yang membaca, rupanya tetapi tak dapat saya kesan kecuali jika anda menulis komen.
Saya lalui hari ini dengan jadual yang begitu padat. Namun begitu, sempat juga mengenang dia (yang telah pergi); hanya sedikit catatan ringkas dilontarkan melalui sms. Saya tahu dia mengenang saya tetapi .......ALLAH yang mengatur segala-galanya.
Kepimpinan Instructional dan kepimpinan futuristik
Kedua-dua konsep ini menekankan bahawa setiap manusia merupakan pemimpin dalam kapasiti tersendiri serta menjanakan stail kepimpinan abad ke 21. Lebih bayak saya membaca berkenaan kedua-dua konsep ini, lebih berminat saya mengetahui lebih mendalam.
Terima kasih kepada penganjur serta audien yang memberikan saya peluang untuk berfikir dan menggerakkan keupayaan kognitif saya. Berfikir dan berfikir, menaakul serta menterjemahkan kembali dalam bahasa yang paling sesuai merupakan cabaran hebat kepada minda saya. Syukur, kerana semuanya itu membuatkan saya lebih bertenaga serta lebih muda (perasan sendiri tapi anak Norlila juga sebut) ...
Intisarinya ialah manusia yang berhenti berfikir akan mempercepatkan usia sendiri.
Friday, July 17, 2009
46
a. I wish that ALLAH will continue to bless me with health, wealth and Iman; and bless me always and forever with HIS GRACE and MERCY .
b. I wish I could give more to those who are in need
c. I wish I shall be a better person and a better Muslim.
d. I wish that the world will be more peaceful and better place to live.
I plan not to wish for many things. Of course, age is just a kind of figure (number) but definitely , it tells me, that its not going to be that long journey, anymore.
Thank you to those who have sent me wishes and doa.
Saturday, July 11, 2009
Saringan
Tuesday, July 7, 2009
Hari ini
Dalam kelam kabut hari ini, saya menerima panggilan daripada seoarng guru pembimbing yang merupakan anak didik saya. Beliau menyentuh hal yang saya sebutkan dalam entri semalam. Saya memang berhajat nak pergi menyelesaikan kes ini di sekolah itu tetapi saya hanya akan pergi, mungkin esok, bila keadaan tenang. Apa pun masalah atau isu tidak akan diselesaikan dengan bijaksana sekiranya tiada ketenangan. Doakan saya agar saya mampu dan diberikan pertolongan oleh ALLAH s.w.t untuk menangani hal ini dengan hikmah.
Terima kasih kepada komen-komen yang diberikan tentang hal ini serta panggilan telefon dan sms daripada rakan, anak didik dan pembaca blog yang perihatin. Saya sebenarnya tidak mampu menyelamatkan semua anak murid daripada melakukan kesalahan. Kegagalan, kesalahan dan kekhilafan merupakan elemen dalam proses pembelajaran.
Impian saya ialah kedua-dua kumpulan KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang saya telah, sedang dan akan terus membimbing bersatu hati. Saya tidak melebihkan satu kumpulan dengan kumpulan lain, kedua-duanya sama penting, sama kasih sayang saya berikan. Kepada Dino, Maslinah dan rakan-rakan, walaupun anda semua telah graduate, saya tetap perihatin , sedia membantu dan sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar laluan kerjaya anda semua akan menjadi lancar, dipermudahkan ALLAH dan menjadi penjawat awam yang cemerlang. Kepada Nancy dan rakan-rakan , saya mahukan anda tentunya menjadi pelatih yang cemerlang, yang berani mengakui kesilapan serta mengubah diri sekiranya ada keperluan dan menyesuaikan dengan respons persekitaran. Tidak mudah bagi kedua-dua kumpulan anda tetapi sekiranya anda bersatu hati dan mengorak langkah secara berkolaborasi (antara yang senior dan junior); pastinya cabaran mendatang akan lebih mudah dan pantas ditanggani. Siapa pun anda, saya tetap melayan anda sebagi insan yang dimuliakan Tuhan, insan yang mampu menyumbang ke arah kecemerlangan bangsa.
Saya terharu dengan komen Ira (isteri Dino), terima kasih. Saya yakin anda akan menjadi seoarng teman dan seorang isteri yang menyokong komitmen suami dalam menterjemahkan kegigihan beliau dalam bekerja; pada masa yang sama, akan terus mengorak langkah menjadi guru bimbingan yang sama cemerlang seperti Dino.
Saya berharap akan tidur nyenyak malam ini; walaupun saya menantikan tetamu (2 rakan dari KL) yang akan bermalam di rumah saya sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang esok. Flight mereka delay dan agaknya akan sampai jam 11 malam.
Hari ini, semasa bertemu dengan pelatih-pelatih B.Ed TESL Cohort 3, yang pulang semula ke Gaya setelah beberapa ketika di Shah Alam; terkenang Cohort 5 yang sedang dalam kekeliruan dan kebingungan dalam menghadapi hari-hari pertama mereka di kampus Shah Alam. Rindunya pada keletah dan ragam mereka.
Hari ini, dalam segala kesibukan, ingatan melayang juga pada orang yang diizinkan pergi. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk mampu merawat kerinduan ini untuk selamanya.
Hari ini, mungkin kerana penat, mungkin terusik dengan insiden guru pelatih, atau mungkin kerana....., air mata ku tumpah juga, selebat hujan yang turun semalam...
Monday, July 6, 2009
Kesantunan bahasa

Memang sukar menerima kenyataan yang benar tapi pahit dikatakan. Hanya insan-insan agung yang mampu menerima teguran dan komen secara terbuka dan tidak defensif.
Apa yang boleh saya katakan? Saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa A tetap A, ia tak boleh jadi B atau C.
Cuma, aturkan bicara selembut mungkin, baik lisan di mulut mahupun pena menulis; sentiasa ingat sopan santun dalam berbahasa agar tidak disalah tafsir dan tidak menunjukkan ego sendiri.
Banyak lagi akan kamu lalui, ini hanyalah sebahagian, sekelumit....semuanya merupakan proses pembelajaran...dan kita tak akan berhenti belajar, belajar, belajar.....masa akan mematangkan kita tetapi belajar tetap diteruskan. Pandanglah sesuatu dengan mata hati...
?
Ya ALLAH, bantulah dan lapangkan kesakitan hambaMu itu, permudahkanlah bagi beliau apa yang Kau rasa terbaik untuknya. Amin.
Sunday, July 5, 2009
Berita terkini
Tetapi, emosi yang sarat dan penat, bagaimana mahu merawat? Hanya masa yang akan menghilangkan perasaan itu dan ALLAH sahaja yang berupaya memberikan kekuatan. Saya berteka teki dan anda tertanya; biarlah sahaja; tidak pantas berkongsi lagi buat masa kini. Hanya apa yang boleh saya katakan ialah sebulan yang lepas, seseorang yang bertahun saya mendesak untuk pergi dari hidup saya, akhirnya, pergi juga. Walaupun sendiri yang mendesak, walaupun sudah lama bersedia untuk kehilangan; terasa juga peritnya. Saya pujuk hati dengan kalimah ; apa sahaja yang ada pada diri ini hanyalah pinjaman dan kurniaan ALLAH; dan kepadaNYA kita akan kembali.
Masa juga berlalu begitu cepat. Saya berhenti menulis entri hampir cuti sekolah. Banyak yang berlaku dan walaupun, rasminya saya bercuti 3 minggu (lebih seminggu dari sekolah); tidak langsung terasa bercuti. Minggu akhir sebelum cuti, saya sibuk dengan mengawas peperiksaan, memberi taklimat dan menyediakan pelatih untuk praktikum , menyediakan jadual waktu dan agihan tajuk untuk kursus dalam cuti. Kemudian, minggu pertama cuti, saya mengajar guru-guru yang mengikuti kursus dalam cuti. Jadual sangat padat kerana saya menghadiri mesyuarat di Port Dickson minggu kedua. Jadi, mengajarlah saya dari pagi ke malam untuk 4 hari berturut. Tidaklah penat sebab saya sangat seronok berdiri di depan kelas dan mengajar.
Pada minggu kedua cuti, saya balik ke Melaka dua hari sebelum ke Port Dickson. Bila tiba di Port Dickson, saya menyiapkan tugasan yang diberi iaitu membantu ahli panel menyiapkan skema kerja untuk kursus Pengajian Profesional dan menyiapkan satu kerja lain secara ad hoc iaitu membuat pemurnian sukatan KDP 14M Guru Bimbingan.
Seterusnya, saya balik ke KK bersama Azah. Dua hari selepas balik ke KK, kawan-kawan sekelas Azah seramai 12 orang datang untuk bercuti di KK. Sepuluh kawan perempuannya menginap di rumah saya; manakala yang 2 lelakinya, saya tumpangkan di rumah pelatih saya (terima kasih, Ijal). Percutian mereka selama 4 hari 3 malam sangat menyeronokkan; saya sediakan itenari ke Kundasang, Island Hopping, ke Perkampung Budaya Monsopiad dan city tour. Saya menyiapkan makanan untuk mereka dan ikut sekali ke Pulau Mamutik dan Manukan. Riuhnya rumah dan bila mereka balik, baru terasa penat. Dalam kesibukan menerima kehadiran mereka, saya sempat juga membantu sedikit kawan-kawan yang sedang menyiapkan tugasan PTK mereka. Kemudian, hari Sabtu sebelum cuti berakhir, saya dijemput berceramah di Membakut untuk guru-guru di sebuah sekolah menengah.
Jadual yang sangat padat dan tiada ruang untuk melayan perasaan ini; tetapi ada masa, ada ketikanya, ia datang juga, dan sebenarnya hampir sebulan saya tidak nyenyak tidor. Sampai terfikir, saya nak dapat imsonia ke? Sekarang dah pulih, saya tahu jangan dilayan sangat ; its all in the mind. Saya selalu beritahu kalimah itu kepada pendengar-pendengar saya bila saya berceramah; sekarang tiba masanya untuk beritahu diri sendiri.
Bila saya balik ke pejabat selepas cuti, sibuk juga membimbing pelatih-pelatih KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang sedang menjalani praktikum. Doa saya ialah anda tabah menghadapi realiti sebenar di sekolah; cabaran yang mendatang jadikan batu loncatan untuk lebih bersedia.
Minggu lepas, saya terbang lagi ke Melaka untuk mesyuarat. Balik hari Ahad 29 Jun untuk menghadiri ceramah Prof Mohd Kamil Ibrahin , Pengarah UiTM Johor di Surau Taman Austral. Esoknya pula, membantu pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk menganjurkan ceramah bertajuk Doa Intisari Kehidupan oleh Prof Kamil.
Malam kelmarin, saya memasak tom yam untuk puteri-puteri ku (KPLI Bimbingan dan Kaunseling) yang bertandang ke rumah. Mereka dah lama agaknya mengidam nak ke rumah, barulah terbuka hatinya untuk mengajak.
Hari ini, saya menghabiskan kerja memeriksa tugasan Kerja Kursus mereka. Ada yang sangat baik hasilnya, ada juga yang agak mengecewakan.
Pagi esok , Insya ALLAH, saya nak melawat beberapa orang daripada mereka yang di bawah penyeliaan saya di sekolah. Saya sentiasa berdoa agar mereka melaksanakan tugasan praktikum dengan cemerlang.
Begitulah kehidupan saya selama saya senyapkan diri. Nanti, akan saya upload gambar yang berkaitan. Doakan saya agar diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kembara kehidupan (yang hanya ALLAH sahaja tahu bila penghujungnya) dengan mendapatkan kembali keceriaan dalam hati ini.
Friday, May 22, 2009
KENDURI KESYUKURAN
To err is human...
This was something that took place three days ago. I could not find the right words to describe my feelings. A friend came to see me to compliment how smart I am as I had passed PTK with very good results (twice, in fact; DG41 & DG 44). Almost a month ago, the same person had backstabbed me and said very inappropriate words about me to another friend. And, I havent done anything to him (yes, its a guy, we normally assume all this will come from a woman' s mouth!) Too bad; I definitely heard it loud and clear, not from one person but three different people)
I guess age is really catching up on me. It did not anger me (as normally it would!) although somehow it upsets me. And, to have the same person facing me , sweet talks and with lots of compliments , really made me so uncomfortable. I am not a hyprocite person and I do stand on my principles; I may forgive but how could I forget? And, in the first place, if he never says the three magic words, how on earth could I extend my forgiveness?
I tried to just forgive and forget; tried to ask Allah to calm me...but I know, it has a tendency to happen again and again....he's forgiven now and before I could expect, he will do it again (backstabbing!); I am tired emotionally as I have been tested on this matter again and again.
Please pray that I can become more forgiving to this particular person....
Sunday, May 17, 2009
Mohon Perlindungan
Saturday, May 16, 2009
Farhana
Saya seronok juga mengiringi dan membimbing pelajar-pelajar menyertai pertandingan dan aktiviti anjuran PPD dan Jabatan (walaupun ada kalanya saya sesat mencari jalan ke tempat pertandingan; pernah kami termasuk dalam kawasan Felda yang hampir 20 km sudah tersasar dari tempat sebenarnya). Namakan saja pertandingan; bahas, choral speaking, drama, semuanya kami sertai dan pasukan sekolah merupakan antara yang terbaik di sana (kategori luar bandar). Tapi, ada sekali kami menang choral speaking peringkat negeri dan Pengetua belanja kami (guru dan pelajar-pelajar) makan KFC. Kembara saya di Negeri Sembilan merupakan kenangan terindah dalam hidup sebagai guru kerana di sanalah, bermulanya saya mengenali erti dunia pendidikan yang sebenarnya. Apa yang saya dapat di sana menjadi panduan yang baik untuk saya meneruskan khidmat sebagai pendidik.
GURU
1. Guru, dalam ajarnya, ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diamnya ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru.
2. without teacher :-
sadday
moanday
tearsday
wasteday
thirstday
fightday
shatterday;
so, HAPPY TEACHER'S DAY
3. Ibu cakap cikgu macam Maggi, makanan rutin waktu susah. Ayah cakap cikgu macam D Seekers, menakutkan. Atuk cakap cikgu macam Astro, macam-macam ada. Tapi, saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga.
Saya mengenang jasa guru-guru saya yang telah mendidik dan menjadikan saya seorang guru juga. AlFatihah untuk cikgu-cikgu yang telah kembali ke Rahmatullah. Kepada guru-guru saya, doa saya mudah-mudahan cikgu dirahmati ALLAH di dunia dan di akhirat.
Friday, February 13, 2009
Taking a break
Tuesday, February 10, 2009
Travelling
Thursday, February 5, 2009
ADAB KOMUNIKASI
Apa yang berlaku? Tidak usahlah saya memperjelaskan kisahnya secara terperinci; hanyalah mahu berkongsi bahawa komunikasi antara dua makhluk bernama manusia perlulah dijalankan dalam tata cara yang beradab. Ada dua bentuk komunikasi; lisan dan bukan lisan. Bila kita mahu bercakap dengan seseorang, sudah pasti kita perlu bersemuka, menghadap muka serta bertentang mata. Apatah lagi sekiranya yang kita hadap ialah orang yang lebih berumur dan perlu disegani kerana umurnya (kalau tidak pangkat, jawatan atau senioriti). Saya begitu marah bila seseorang melemparkan kertas dan sambil berlalu pergi, minta saya menyelesaikan suatu perkara penting melibatkan kerja kami. Adegan pagi yang emosional pun berlaku kerana mungkin bukan kali pertama saya di perlukan begini(mungkin rakan lain ada yang terkena juga) dan terus berhadapan dengan orang berkenaan. Saya tidak membenci beliau tetapi saya hanya menegur cara beliau yang kurang beradap pada saya.
Hari itu berlalu dengan emosi saya yang sarat kerana kelemahan saya ialah saya pasti mengeluarkan air mata bila begitu marah. saya tidak sedih cuma perasaan marah yang meletus pasti diiringi dengan air mata. Sedih sangat bila keadaan hidup yang begitu selesa dan bahagia diragut oleh satu perasaan marah; yang tidak sepatutnya ada pada saya.
Saya bersyukur perasaan itu tidak berpanjangan dan saya habiskan masa pagi saya berada di surau memohon ampun daripada ALLAH sekiranya saya yang pula terlanjur kata ( bukankan semua yang ada pada kita kepunyaan Allah dan kepadaNya , pasti kita akan kembali) dan doa dan solat sunat mampu meredakan tekanan. Orang yang berkenaan pun telah dinasihatkan oleh Ketua Jabatan untuk memohon maaf (dia telah berbuat demikian lewat sehari; di depan Ketua Jabatan dan Ketua Unit yang lain) dan saya memaafkan dengan mengingatkan dia untuk tidak melakukan sedemikian lagi, samada kepada saya atau orang lain.
Semakin tua kita, semakin kita sensitif dengan tutur kata dan peri laku orang lain. Komunikasi yang berjaya hanya akan berlaku sekiranya kita peka dengan kesensitifan orang lain.
