FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Saturday, May 16, 2009

Farhana

Saya menonton cerita Farhana di TV3 malam tadi. Selalunya tidak juga menonton tetapi ada kawan-kawan datang menziarah; sambil-sambil sembang, kami menonton tv. Semua sepakat tidak mahu menonton AF (Astro) dan sebaliknya, mengikuti kisah Farhana. Mungkin kerana kami semua cikgu, kisah cikgu yang dipaparkan lebih menambat hati. Terkenang hampir 19 tahun yang lepas, saya juga mendaftar diri pertama kali sebagai guru terlatih di sebuah daerah di Negeri Sembilan, Kuala Klawang (Jelebu). Tidak secantik dan tidak seglamor Cikgu Farhana seperti dikisahkan, saya juga bimbang sangat untuk memulakan kehidupan baru di sebuah daerah yang begitu asing. Tiga daripada rakan dalam kumpulan kami, KPLI Tesl ditempatkan di sana (Alice, Ija dan saya); lain-lain sekolah. Ija dan Alice satu sekolah; kawan-kawan lain semua terpisah (Yus di Temerloh, Mar di KL, Neela, Prasana dan Kulwant juga di KL). Kami tidak ramai, 12 orang, semua perempuan tetapi cukup menguji darjah kesabaran pensyarah-pensyarah kami, Madam Radha (masih segar di ingatan riuhnya mulut beliau ), Ms Nali (tak kan lupa cheese cake buatannya serta kelembutan gayanya membuatkan kami belajar literature dengan penuh semangat), Puan Juwariyah (saya ingat dia, saya ingat Phonetics) dan Mrs Lee (sicantik manis, menawan dan a real lady). Kami hilang seorang (tinggal 11) di hujung semester (tinggal seminggu lagi nak final exam) ; Al Fatihah untuk Arwah Suhanah yang meninggal dunia kerana penyakit asma. Kami menyewa satu rumah bertiga (Arwah Su, Yus dan saya) dan kehilangannya di depan mata kami memang satu yang traumatik buat saya. Kembali ke cerita posting; saya akhirnya seronok mengajar di Sekolah Tinggi Dato Undang Musa Alhaj kerana di situlah, semua kemahiran, pengetahuan dan bakat saya teruji. Yang paling seronok, saya jadi guru koperasi (membantu seorang guru lain yang sangat berpengalaman); pernah mengikuti kursus pengurusan kewangan koperasidan kami pernah menang anugerah pengurusan koperasi. Di sana juga, saya belajar menajamkan kemahiran memandu saya . Bayangkan saya berulang alik dari rumah Abah di Seremban ke Jelebu setiap hari dalam keadaan jalan berbukit, sempit dan berliku. Semuanya tinggal kenangan dan hari ini, saya mengingatkan kembali semua kejadian itu dengan penuh syukur. Allah tempatkan saya di sana untuk bertemu dengan ramai manusia yang baik hati dan signifikan dalam kehidupan saya termasuklah Ibu Mertuaku...
Saya seronok juga mengiringi dan membimbing pelajar-pelajar menyertai pertandingan dan aktiviti anjuran PPD dan Jabatan (walaupun ada kalanya saya sesat mencari jalan ke tempat pertandingan; pernah kami termasuk dalam kawasan Felda yang hampir 20 km sudah tersasar dari tempat sebenarnya). Namakan saja pertandingan; bahas, choral speaking, drama, semuanya kami sertai dan pasukan sekolah merupakan antara yang terbaik di sana (kategori luar bandar). Tapi, ada sekali kami menang choral speaking peringkat negeri dan Pengetua belanja kami (guru dan pelajar-pelajar) makan KFC. Kembara saya di Negeri Sembilan merupakan kenangan terindah dalam hidup sebagai guru kerana di sanalah, bermulanya saya mengenali erti dunia pendidikan yang sebenarnya. Apa yang saya dapat di sana menjadi panduan yang baik untuk saya meneruskan khidmat sebagai pendidik.

5 comments:

Cikgu said...

Memang best bila terkenang kenangan di IPGaya dulu tetapi semuanya telah berakhir. perjuangan sebenar hanya bermula apabila kita mula melapor diri di sekolah. sejauhmanakah kita dapat mengekalkan kecemerlangan, hanya dapat diketahui apabila bermula bertugas di sekolah.

PENING said...

Salam, Zaidah

HAPPY TEACHERS'DAY. SAMBUTAN YANG MENARIK DAN BERMAKNA.

ATIE ADA DI KT KEMARIN.

ADA IBU MERTUAKU? YEKE!

BERTEMU DENGAN PENGARAH GAYA JUGA DI LTSMKT KEMARIN.

NANTI SATU HARI KAKPAH KE SANA OK

zaidah said...

Terima kasih Dino dan Kak Pah.
Jadi guru bukan mengejar kemewahan tetapi lebih kepada pengorbanan. Kak Pah contoh terbaik kekal guru sepanjang zaman dan Dino baru mulakan langkah. Insya Allah, selagi kita berniat baik, tentu Allah bantu mempermudahkan tugas kita.

PENING said...

Salam, Seronok tengok blog Zaidah. Banyak berjalan dia ya. Baguslah, latihan yang baik bagi pelajar. Sem depan ngajar 3107 ke?

zaidah said...

Salam Kak Pah,
Harap-harap gitulah, saya buat skema kerja ...