FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Friday, January 30, 2009

Belasungkawa

Saya begitu sibuk walaupun sepatutnya bercuti panjang. Kebetulan pula, semasa bercuti di Penyabong, talian internet tiada capaian sehinggakan saya terlepas berita ini. Baru pagi tadi, saya berkesempatan menyelak suratkabar hari-hari lepas. Berita yang mengesani saya adalah kepulangan ke Rahmatullah Pak Arenawati. Saya mengenali beliau secara peribadi dan beliau, yang mesra dipanggil Pak Arena; merupakan salah seorang pensyarah saya semasa saya mengikuti pengajian ijazah pertama (1985) di UKM. Beliau ketika itu adalah Karyawan Tamu di UKM dan ditempatkan di Fakuti kami. Kursus yang diajar dalam kelompok siswa siswi yang besar (hampir 100 orang) dan biasanya diadakan lewat petang dan menjelang malam. Saya di antara minoriti yang menghayati sepenuhnya kuliah beliau dan oleh kerana cintakan bahasa dan sastera, penjelasan beliau yang diterangkan begitu mendalam; tidaak menjadi masalah bagi saya. Pak Arena juga mungkin senang dengan anak murid seperti saya (tanggapan sendiri ni) dan selalu memanggil EDAH (panggilan yang hanya digunakan oleh keluarga saya serta kekasih pertama) untuk memberikan respons dan menjawab soalan-soalan beliau. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana beliau berkongsi pandangan dan draf-draf manuskrip (termasuklah trilogi novel Jepun) yang beliau hasilkan. Bersama beberapa orang kawan, kami mengikuti Diskusi Bicara beliau di DBP dan beliau juga tak keberatan mengenalkan kami kepada rakan-rakan di DBP dan penulis-penulis lain. Suatu yang membuatkan saya kagum bukan sahaja ingatan beliau yang tajam(boleh ingat kisah-kisah lama di Nusantara yang beliau telah lalui) tetapi cinta kasihnya pada isteri beliau, Ibu Halimah Sulong. Saya hanya bertemu beliau kembali setelah hampir berbelas tahun secara kebetulan di Alor Gajah. Beliau dan Ibu Halimah mahu menginap di Villa UTAS (tarikh dan tujuan beliau , tak dapat saya ingat lagi). Terharu sangat saya bila beliau masih kenal dan ingat nama saya (pada beliau, saya adalah EDAH). Negara kehilangan seorang Sasterawan Negara yang memperjuangkan sastera serta keutuhan jati diri Nusantara; saya kehilangan Sifu yang pernah mendidik saya erti ketamadunan bangsa dan peri pentingnya mempelajari dan memahami kemanusiaan sejagat.
AL FATIHAH

2 comments:

Makngah said...

Hmm..tak atu pun selama ni you know Pak Arena in person. How come we've never mentioned him in our conversations ya!!

zaidah said...

So sorry, it just slipped off my mind....he was a respectable writer for many of his readers. Most probably, we have so many topics to share within limited time we have with each other.