FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Thursday, January 29, 2009

Mengaktifkan semula blog


Akhirnya, dapat juga kembali mengaktifkan semula blog yang terbiar untuk seketika. Sememangnya mahu sangat berkongsi rasa dan meluahkan pandangan dan perasaan tetapi ada kalanya, insan kerdil ini tak mampu memerah sedikit lebihan tenaga untuk kemas kini blog. Mudah-mudahan Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui akan membantu , memudahkan dan memberikan kekuatan untuk meneruskan blogging ini. Ramai yang bertanya, kenapa blogging? Jawapan utama saya sangat mudah; kerana Allah semata-mata. Pandangan dan perasaan yang dikongsi bersama adik beradik, ipar-ipar, anak-anak saudara, sahabat-sahabat serta anak-anak didik diharapkan dapat menterjemahkan perasaan kasih sayang dan keperihatian saya serta memperkuatkan ukhuwah sesama sendiri. Dalam hidup yang sesingkat ini dimana nyawa, harta benda serta saudara dan taulan merupakan pinjaman Allah semata-mata dan KEPADA ALLAH JUGA, KITA AKAN KEMBALI, apa sahaja tutur bicara kita mudah-mudahan akan mengiringi perjalanan kembali kita yang kekal. Saya berharap sangat pembaca blog ini memahami matlamat saya yang seperti Prof Kamil (blog KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIKAN) war-warkan: sekecil mana pun aktiviti kita, harus memberikan kesignifikanan makna pada kita.

2 comments:

Cikgu said...

Salam, pn.

Apa khabar ? lama tak dengar khabar? selepas hari tue. dino n family sihat walafiat tetapi dino terlalu busy di sekolah.terlalu banyak program perlu dilaksanakan sehingga tugas sesi kaunseling terpaksa ditinggalkan. namum demikian, kalau ada masa dino tetap buat sesi kaunseling. pn.sekarang ada pekeliling baru tentang GBK, pn dah ada dapat.utk makluman pn, wife dino posting GBK di SK TANJUNG ARU I. begitu juga dengan jack dan lena. mereka telah bertukar sekolah. c jack di sk bahang n lena di sk st john, tuaran.

zaidah said...

Saya harap dino tumpukan semula kepada tugas asal iaitu sebagai guru UBK; ingat tak kata-kata saya dulu? bila guru UBK terbiasa melakukan kerja-kerja selain dari 6 bidang asas B & K; lama kelamaan apa yang dipelajari tidak dipraktikkan dan nanti akan terabailah UBK. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.