Saya mahu berkongsi tiga ucapan/sms saya terima hari ini; terima kasih . Maaf, tak dapat masuk semua kerana sukar nak baca dari inbox text handphone.
1. Guru, dalam ajarnya, ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diamnya ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru.
2. without teacher :-
sadday
moanday
tearsday
wasteday
thirstday
fightday
shatterday;
so, HAPPY TEACHER'S DAY
3. Ibu cakap cikgu macam Maggi, makanan rutin waktu susah. Ayah cakap cikgu macam D Seekers, menakutkan. Atuk cakap cikgu macam Astro, macam-macam ada. Tapi, saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga.
Saya mengenang jasa guru-guru saya yang telah mendidik dan menjadikan saya seorang guru juga. AlFatihah untuk cikgu-cikgu yang telah kembali ke Rahmatullah. Kepada guru-guru saya, doa saya mudah-mudahan cikgu dirahmati ALLAH di dunia dan di akhirat.
Nostalgia.....Selamat Aidil Adha....2010
10 years ago
3 comments:
Assalamualaikum,
Guru membawa berkat. Ajarannya sentiasa hidup sepanjang hayat.
Wa'alaikumsalam wrt wbt
Guru penjana negara bangsa.
Terima kasih kerana mendoakan cikgu-cikgu kamu.Saya bersyukur dan rasa bertuah mempunyai bekas pelajar yang sentiasa mendoakan guru-gurunya.Semoga Allah merahmati hidup kamu juga. Ameen.
Post a Comment