Terima kasih kepada semua yang telah menghantar sistem pesanan ringkas (sms), panggilan telefon dan e-mail. Maafkan saya sekiranya tidak dapat membalas satu persatu. Ingatan dan doa kalian semua sangat saya hargai. Hari ulangtahun yang ke 46 adalah hari yang sangat padat untuk saya. Bermula dari awal pagi, saya menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan berkesan - Kepimpinan Instructional (Pengajaran) dan Kepimpinan Futuristik kepada 80 guru di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Dewannya besar dan sistem PA yang sangat baik meningkatkan motivasi untuk menyampaikan ceramah dengan berkesan. Pendengarnya pula merupakan audien yang sangat menumpukan perhatian, mencelah bila sesuai serta sangat proaktif kepada input yang disampaikan. Satu input yang telah saya sediakan ialah meningkatkan motivasi diri sendiri yang akan memberikan inspirasi kepada orang lain. Ia sangat berkaitan dengan diri saya yang terlalu penat kerana banyak tuntutan kerja ditambah lagi dengan travelling. Kalau diikut rasa penat, sudah tentu saya tidak mampu memberikan inspirasi kepada orang lain terutamanya anak murid sendiri. Bagaimana saya hilangkan kesemua kepenatan dan merasa lapang hati? Mohon, mohon, mohon serta yakin Allah membantu. Saya sangat yakin bahawa Allah mendengar dan memperkenankan doa saya, yang ada kalanya hanyalah menyebut " Ya Allah, tolonglah aku, bantulah aku, permudahkanlah.."; tersangat ringkas tetapi diulang banyak kali penuh keyakinan dan menyerahkan segalanya kepada DIA Yang Maha Berkuasa.
Saya juga sedar sekiranya ALLAH belum memperkenankan hajat di hati, sudah tentu ada rahsiaNya yang Hanya Dia Mengetahui. Saya pasrah dan redha serta yakin Allah akan merahmati dengan anugerah lain yang lebih bermakna.
Anak-anak didik (KPLI Bimbingan & Kaunseling) hadir ke rumah membawa kek, hadiah dan juadah; siap dipesan kepada saya, usah sediakan makanan. Memang tak sempat pun walau di hati nak sangat menjamu mereka. Malam ini, perlu siapkan minit mesyuarat serta pack baju untuk terbang lagi awal pagi jam 6 ke Kuala Lumpur. Kali ini, saya akan berkursus (bengkel) Writing Cases Workshop di Intan Bukit Kiara selama seminggu.
Saqya mohon anda yang membaca entri blog saya sudi-sudikanlah meninggalkan komen; ramai yang membaca, rupanya tetapi tak dapat saya kesan kecuali jika anda menulis komen.
Saya lalui hari ini dengan jadual yang begitu padat. Namun begitu, sempat juga mengenang dia (yang telah pergi); hanya sedikit catatan ringkas dilontarkan melalui sms. Saya tahu dia mengenang saya tetapi .......ALLAH yang mengatur segala-galanya.
1 comment:
althou its late but stil wanna wish you a blissful belated birthday ^^
Post a Comment