FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Saturday, February 20, 2010

Thursday, December 17, 2009

Wedding

Menghadiri majlis perkahwinan di Bukit Nangka

HOME OF FUTURE LEADERS

Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi tempat Syahid menduduki peperiksaan SPM

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan

Pagi ini, saya dilanda kesedihan yang amat sangat. Ramadhan 1430H sudah hampir penghujungnya. Adakah Ramadhan lagi buat diriku pada tahun hadapan? Ramadhan tetap datang setiap tahun; persoalannya sempatkah kita menikmati Ramadhan itu? Hanya ALLAH yang mengetahui bila kali terakhir kita akan menikmati bulan mulia ini lagi.
Alangkah indahnya kalau kita dapat menghayati Ramadhan sepanjang masa. Tetapi, sudah tentu ALLAH mengatur segalanya dengan begitu indah dan hikmahnya. Saya mohon maaf kepada semua (pelajar, rakan & ahli keluarga) atas ketelanjuran tutur bicara dan tingkah laku yang telah mengusik perasaan anda sepanjang persaudaraan & persahabatan kita. Saya manusia biasa, penuh kelemahan dan kekhilafan; mengharapkan ALLAH sentiasa merahmati diri ini dengan petunjuk dan kasih sayangNya.
Saya mahu mengucapkan Selamat Berpuasa (masih berbaki beberapa hari lagi) ; semoga kita semua melipat gandakan amal kita menjelang malam-malam terakhir ini.
Ramadhan ini istimewa untuk saya; saya mendoakan beberapa kenalan ( & pelajar) saya yang bukan Islam agar mereka dilimpahkan kasih sayang, petunjuk dan taufiq ALLAH swt ; agar satu hari, satu ketika , mereka akan kembali beriman kepada NUR ISLAM. Mereka ini yang menunjukkan keperihatinan yang tinggi kepada Islam (ada yang sudah belajar berpuasa); cuma mungkin hidayah Allah yang ditunggu-tunggukan. Kita hanya mampu berdoa, bukankah ALLAH yang melimpahkan petunjuk dan rezeki kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki?
Ramadhan ini juga istimewa buat saya; saya dilimpahi kasih sayang sahabat-sahabat, menerima juadah berbuka yang sedap dari semasa ke semasa; saya menerima dengan kesyukuran dan mendoakan anda semua dilimpahi rahmat NYA yang Maha Esa. Pernah satu ketika di awal poenghijrahan saya di Kota Kinabalu, saya rasa kesepian tanpa kawan; tetapi tahun ini, saya sambut Ramadhan penuh kesyukuran dalam lingkungan sahabat-sahabat. Ya ALLAH, terlampau banyak nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada diriku; cukupkah amalanku untuk menunjukkan kesyukuranku padaMu?

Updating my blog

First and foremost, let me apologise for the long silent. I never realise that I have loyal followers to this blog. Many have read but I have never realised your presence due to the fact that not many comments have been received in my previous entries. Thank you for your concern.
I have thousand reasons why I have not posted any entry. Initially, it was because I was too exhausted to write anything. The fact that I could manage to check my email inbox every day is amazing. I tried not to check e mail, update blog or Face Book when I am in office. There are thousand things to do in the institute and even though , I am free, I do not want to spend that time for my personal use. I will only go online if I need to do some research related to my teaching process. That ,my dear students, is accountability.
By the time I get home around 5 in the evening, I normally check my emails and respond to them. By then, its Maghrib already and thats my only solid time with ALLAH until Isya. What I mean is that; in the earlier prayers (Dzuhor & Asar) , I have limited time to really meditate as there are things to do in the office. So, the hour long period between the two prayers (Maghrib & Isya) , I try to fill it with doa (lots of it) and reciting the Quran. After that, I turn in to bed, very early so that I can wake up early the next day ( as early as 330 or by 4am).
Am trying my best to find the time to write my entry ; but sometimes time is not the contributing factor also. Sometimes. my mind is exhausted or whenever I am upset over something , the emotions become a real challenge for me to write. When I start my blog, I want it to be informative and not a platform to voice out inappropriate emotional turbulence. Maybe I have gone 12 weeks of emotional turbulence; trying to guide, to coach, trying to understand my students' ways of doing things. Well, I have my share of happiness too. A few had really impressed me and I am proud of them. However, I had a hard time with a few others; and because of that, I was totally emotionally exhausted.
Apart from that, I have been travelling here and there (KK - KL) and I also had attended my PTK DG48 course in Kuching. The travelling is another contributing factor for not updating the blog. Too much to write, don't know where to start from.
Well, its easier to list down excuses.....hopefully I can rectify the problem...Insya ALLAH

Fasa Praktikum yang berlalu

Semalam, saya melaksanakan penyeliaan terakhir untuk seorang pelatih. Semalam hari terakhir bagi semua pelatih melaksanakan praktikum. Oleh kerana hari ini cuti menyambut Hari Malaysia, kebanyakan sekolah di Sabah mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti untuk esok (Khamis) dan Jumaat untuk menyambut Aidil Fitri.
Tempoh praktikum ialah 12 minggu. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana semua pelatih saya telah berjaya melaksananakan latihan praktikum dengan jayanya tanpa sebarang isu atau masalah besar. Syabas kepada anda semua. Saya amat memahami bahawa kesemua 28 orang daripada anda telah melalui satu tempoh yang mencabar, penuh suka duka, bersekang mata menyiapkan tugasan dan rekod serta penat fizikal, mental dan emosi. Bukan anda sahaja; saya juga telah melalui 12 minggu yang penuh debaran serta sentiasa tidak putus berdoa agar tiada isu berbangkit dalam tempoh berkenaan.
Pengalaman selama 12 minggu ini bakal mencorakkan kanvas kerjaya anda sebagai guru bimbingan. Tiada istilah mudah dan ambil ringan dalam merancang dan melaksanakan bidang pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Senario di sekolah penuh dengan warna warni coretan suka duka. Tidak semua warga sekolah faham dan memberikan kerjasama kepada guru bimbingan. Itulah hakikatnya. Anda telah melalui dan mengalaminya dan saya berharap anda telah menperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berhadapan dengan sebarang keadaan dan ragam di situasi yang sebenar nanti. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar warga sekolah bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran anda ; malah turut bekerjasama dan melibatkan diri dengan program anda semua. Anda tidak mampu mengubah sikap dan tabiat orang lain dan misi kita bukan mengubah orang luar. Misi kita ialah mencari satu titik pertemuan di antara pelbagai perbezaan dan ragam manusia di sekolah agar dapat kita menjayakan usaha murni untuk membantu murid-murid menjadi modal insan yang cemerlang.
Saya harap anda telah mengetahui kepentinga merancang apa sahaja yang mahu dilakukan. Penekanan kepada penyediaan kertas cadangan yang sistematik dan terpeinci amat membantu pelaksanaan satu-satu aktiviti/program? Segala perkara kecil perlu jadi besar untuk menjayakan program. Anda telah mendapat pembelajaran hands on yang terbaik dan saya harapkan anda sentiasa ingat apa yang mesti dilakukan , apa yang perlu dielakkan, apakah yang perlu anda jangkakan dan pelan alternatif yang perlu disediakan. Saya sangat menekankan dokumentasi kerana ia merupakan satu bentuk penilaian yang terbaik kepada diri sendiri. Dokumentasi memberikan ruang untuk kita mengimbau perjalanan program kita , menyemak keselarasan pelaksanaan program dengan apa yang telah dirancang serta peluang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kita. Harapnya anda semua komited/tekun meneruskan penyediaan kertas cadangan dan dokumentasi lengkap di masa akan datang. Usah risau sekiranya sesi kaunseling anda belum mencapai tahap terbaik; bukankan pengalaman itu satu proses pembelajaran terbaik? Saya yakin setahun dua lagi bila anda telah melakukan beratus-ratus sesi, semakin lama kemahiran kaunseling anda bertambah mantap. Lagipun, murid-murid di sekolah rendah hanya memerlukan telinga anda untuk mendengar; anda tajamkan kemahiran mendengar terlebih dahulu dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang lain akan tertanan dengan sendirinya dalam jiwa anda.
Masihkah anda ingat doa yang kita mohon bersama dalam majlis solat hajat yang kita adakan sebelum praktikum bermula? Kita mohon agar anda semua dilimpahi dengan kekuatan dan ketahahan diri serta dibantu oleh ALLAH untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan sepanjang praktikum dengan lancar tanpa masalah? Marilah kita memanjatkan ucapan kesyukuran kepada ALLAH yang telam memperkenankan doa kita itu.
Syabas kepada anda semua.

Monday, July 27, 2009

Penyeliaan Praktikum Kali Pertama(2)

Saya bercadang untuk memulakan siri penyeliaan fasa pertama hari ini tetapi hujan lebat yang turun seawal jam 6.30 pagi membantutkan perjalanan saya. Saya mula bersin berkali-kali dan walaupun tidak selsema, saya memikirkan bahawa lebih baik saya duduk di dalam pejabat saya hari ini. Saya mahu menjaga diri dengan tidak mendedahkan kepada persekitaran di luar , mudah-mudahan antibodi saya dapat kembali kuat dan pulih untuk menanggani keadaan cuaca yang panas sejuk serta angin yang begitu kencang di luar sana. Walaupun begitu, saya bersyukur kepada ALLAH kerana menurunkan hujan yang begitu lebat pagi ini serta angin yang kencang, moga-moga hujan yang diturunkan akan membersihkan jangkitan virus yang sedang beredar begitu drastik di udara kita. Petang semalam, Cikgu Fatimah (Mak Ngah) memberitahu bahawa rumahnya dan rumah ibunya di Batu Berendam dinaiki air kerana hujan yang begitu lebat. Kalua saya ada di Melaka, tentunya bolehlah saya bantu membersihkan rumah.
Saya sedang cuba mengumpulkan kekuatan fizikal, emosi dan mental saya sebelum melakukan penyeliaan. Sebenarnya, emosi agak terganggu kerana beberapa pelajar saya membuat panggilan telefon memberitahu mereka mempunyai program lain yang tidak memberikan ruang untuk saya melakukan penyeliaan. Sedikit kecewa kerana saya sudah beritahu semenjak Pra Penyeliaan (3 minggu lepas) bahawa Penyeliaan Pertama akan dibuat minggu ini. Pelajar yang perihatin sudah tentu berupaya mengatur perancangan program lain pada masa dan ketika yang sesuai untuk mengizinkan saya menyelia mereka. Tapi, mungkin juga saya sedikit sensitif akibat fizikal yang tidak begitu sihat, tidak juga sakit tetapi tidak begitu kuat untuk menanggani tekanan begitu. Saya perlu habiskan penyeliaan pertama minggu ini supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar saya bersedia memperbaiki apa yang sepatutnya pada penyeliaan kedua sebelum cuti semester nanti.
Tambahan kepada aspek penyeliaan :
Sesi kaunseling yang dilaporkan dalam bentuk rakaman (jika perlu), transkrip dan laporan sesi. Ramai yang mengeluh bila perlu menyiapkan transkrip sesi. Saya sudah tekankan hanya perlu seorang klien individu, cukuplah tiga transkrip dan tiga laporan setara. Tiada kerja yang mudah, saya juga telah melalui keperitan menulis transkrip. Itulah sebabnya saya tidak mahu anda semua (pelajar-pelajar) saya melakukan sesi kaunseling dengan begitu banyak klien sehinggakan anda terlupa, terlalai atau terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat menulis transkrip yang baik. Setiap column transkrip mesti dilengkapkan; terutamanya ruang kemahiran kaunselor; usah pula mencatat kemahiran klien; bukankan anda sebagai kaunselor yang dinilai kemahiran kaunseling; bukannya klien!
Sesi kaunseling kelompok pula tidak perlu transkrip tetapi penyelia anda mesti dapat mengikuti salah satu sesi kelompok secara langsung. Walau bagaimanapun, saya tentunya akan memberikan markah tambahan jika anda dapat menyediakan sekurang-kurangnya transkrip sesi kaunseling kelompok.
Secara peribadi, saya merasakan bahawa terlalu banyak fokus diberikan kepada program bimbingan. Mungkin anda semua tidak dapat mengelakkan diri kerana diarahkan oleh pihak sekolah. Tidak mengapa menyumbangkan tenaga dan bantuan tetapi perlulah dipastikan core business sebagai guru pelatih tidak terjejas. Penulisan rekod mestilah sentiasa up to date dan ditulis dengan begitu teliti dan tulisan serta catatan yang terperinci dan komprehensif tetapi selektif (janganlah memasukkan unsur-unsur sentimen yang boleh menjejaskan hubungan dengan pihak lain) . Refleksi harian serta jurnal mingguan mestilah berfokuskan kepada penelitian kepada diri anda, setakat mana insiden atau kejadian (apa sahaja yang dilakukan atau telah berlaku) menyumbang kepada proses pembelajaran anda.
Saya belum sempat memantau kesemua pelajar saya (terutama yang bukan di bawah penyeliaan saya) tetapi saya yakin anda semua akan perihatin kepada input yang saya sampaikan di blog ini. Mungkin agaknya semua faham dan serba tahu kerana hanya beberapa orang sahaja yang menulis pesanan ringkas, menulis email serta memanggil saya melalui telefon untuk bertanyakan beberapa isu atau perkara, Saya andaikan sekiranya anda tidak bertanya, maksudnya anda jelas apa yang perlu dibuat. Janganlah sampai akhir praktikum masih disebut ayat: " saya masih blur lagi apa perlu dibuat...."
Satu aspek yang penting ialah kemahiran anda untuk mengadaptasi dengan organisasi sekolah. Maksudnya, sejauh manakah anda diterima oleh warga sekolah sepanjang anda menjalani praktikum? Manusia berbeza, anda melihat, anda memerhati, anda nampak banyak perkara di sekolah yang tak sepatutnya dilakukan, anda nampak perkara-perkara yang tidak merangsang kepada proses pembelajaran anda sebagai guru permulaan. Tetapi, anda hanyalah menjalani latihan praktikum yang begitu singkat; elakkan diri daripada terperangkap dalam kontroversi atau ketidakselesaan dengan pihak sekolah. Sebagai budak baru belajar, tunjukkan kesantunan anda yang tinggi arasnya, kesabaran melihat keadaan yang anda fikir boleh diperbetulkan serta kekuatan mencari sesuatu yang positif di sebalik segala cabaran dan dilemma. Pasti boleh sekiranya anda merendah diri dan blend dalam kumpulan guru-guru yang sedia ada di sekolah itu. Carilah mutiara yang terselit dan berlian yang tersembunyi di sebalik kerang busuk yang anda nampak dan temui. Tentunya ada sekiranya anda benar-benar mencari dan membukan pintu hati dan kota fikiran anda; tentu anda temui the unsung heroes, guru-guru yang berjiwa mulia dan berhati waja, yang menabur bakti tanpa batasan.
Saya telah menulis begitu panjang lebar dalam blog saya dan saya telah sebutkan dari awal praktikum ,anda perlu membaca blog ini untuk mengikuti perkembangan terkini. Saya tahu ramai yang membaca tetapi ada juga yang tidak mencari masa untuk membacanya.
Saya doakan anda menjadi bertambah bahagia dengan kerjaya pilihan anda ini.

Sunday, July 26, 2009

Penyeliaan Praktikum Kali Pertama

Saya akan memulakan penyeliaan praktikum kali pertama kepada semua pelajar di bawah bimbingan saya. Saya telah melakukan bimbingan dan pra penyeliaan dua minggu yang lepas dan tibalah masanya untuk saya menilai hasil usaha mereka. Apa yang saya jangkakan?
1. Semua dokumen yang mahu disemak berada dengan mereka di bilik UBK sekolah masing-asing.
2.Semua dokumen berkenaan (Log Harian, Jurnal Mingguan, Folder Major, Folder Umum dan buku Rekod Mengajar) mesti lengkap dan dikemaskini sehingga hari penyeliaan dilakukan.
3. Penulisan semua dokumen berkenaan bukan sahaja perlu lengkap tetapi menunjukkan kecemerlangan ilmiah. Misalnya, dalam Log Harian, sekiranya nada menulis jam 8 hingga 9, pengurusan bilik UBK tidaklah lengkap dan cemerlang mengikut piawaian saya. Anda perlu menulis dengan penghayatan dan jelas, terperinci dan dengan kreativiti. Misalnya, untuk contoh sebelum ini, saya sangat mengharapkan anda menulis begini:
Masa ; 8 - 9 pagi: Saya membuat aktiviti menceriakan bilik UBK pada masa ini. Di antara perkara yang saya buat ialah mengemaskan meja, menyusun atur perabut, mewarnakan ...........
Tulislah dengan penuh penghayatan agar hasil penulisan anda kreatif dan transparent, cantik dibaca dan menarik dihayati.
Saya sedang mencari calon cemerlang; ia tidak mudah. Saya mahu anda bantu saya memudahkan kerja saya dalam percarian calon cemerlang. Suntiklah keindahan dan kreativiti dalam setiap penulisan termasuklah laporan anda untuk setiap aktiviti, program dan sesi. Tolonglah habiskan masa anda menyiapkan dokumen rasmi dengan konsentrasi dan minat agar hasilnya produktif. Jangan hanya melepas batuk di tangga; sekadar menulis begitu ringkas semata-mata untuk memastikan laporan kemas kini.
Saya harap jangkaan saya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang sangat saya sanjung tinggi.

H1N1

Saya pernah menulis dalam blog ini tentang perlunya kita berdoa agar kita dilindungi daripada terkena virus yang semakin menular ini. Hari ini, saya menulis lagi dengan harapan kita dapat terus berdoa dan solat hajat mohon Allah menjauhkan bala virus H1N1 daripada negara kita dan seluruh dunia. Nampaknya virus ini semakin menganas dan mendekati kehidupan kita. Id diarahkan balik hari Khamis lepas bila sekolahnya, Maktab Tentera DiRaja (RMC) diaarahkan tutup kerana ada pelajarnya yang dijangkiti. Jumaat, Id demam dan terpaksa dibawa ke Klinik untuk menerima rawatan dan diperiksa dengan begitu teliti. Doktor memberikan rawatan untuk demam biasa dan nampaknya dia semakin sembuh. Kesian dia yang terpaksa mengualangkaji pelajaran di rumah sedangkan SPM pun bukannya lama lagi. Saya juga kurang sihat semenjak balik dari KL dan mendapatkan rawatan di klinik, syukurlah , ia hanya simpton demam biasa; mungkin kerana kepenatan atau kerana perubahan drastik keadaan persekitaran ( di bilik seminar INTAN, air con nya sangat berkesan sehinggakan terasa seperti di Kutub yang begitu sejuk; tetapi balik ke KK, saya terasa bahang kepanasan sehingga lewat malam).
Berita bahawa jemaah tua dan kanak-kanak tidak dibenarkan menunaikan haji tahun ini kerana dikhuatiri jangkitan H1N1 yang menular ke Timor Tengah menjelang bulan Oktober merupakan berita yang mengecewakan saya. Nampaknya jangkitan melalui virus ini merupakan bala dan ujian Allah kepada manusia sejagat menjelang abad ke 21 ini. Walau bagaimanapun, saya merasakan usaha kita belum cukup berkesan dan jelas menanggani penularan virus ini. Dimana-mana kita pergi, orangramai masih memenuhi kawasan-kawasan awam (termasuk di airport, di pasaraya, shopping malls dll) tanpa kerisauan dan tanpa prosedur pencegahan yang sewajarnya. Misalnya, di lapangan terbang, penumpang yang terpaksa travel mempunyai sebab munasabah berada di airport; tetapi begitu ramai pula kaum keluarga dan sahabar handai termasuk anak-anak kecil yang ikut menghantar. Saya melihat hal ini di KLIA baru-baru ini; terfikir bahawa tiada pun tanda kerisauan tentang serangan virus itu. Apa yang cuba saya sampaikan ialah mungkin kita cuba mengelakkan diri di tempat-tempat awam sekiranya tiada urusan penting dan sekiranya tiada keperluan kita untuk beramai-ramai memenuhi kawasan awam yang ramai orang dan terdedah kepada pelbagai virus dan kuman. Tapi, mustahil untuk menyaksikan shopping malls yang lengang kerana bukankah bulan ini merupakan sale akhir tahun?
Apa-apapun, marilah sama-sama kita sungguh-sungguh berdoa dan solat hajat mohon ALLAH mengasihani kita dan melindungi kita daripada penularan virus itu (dan seumpamanya) .

Rumah baru





Yati mengadakan kenduri (bacaan Yasin dan solat hajat) di rumah baru yang tersergam indah di Taman Bukit Sepanggar. Alhamdulillah, seronok melihat Yati dan Nazri dianugerahi begitu banyak kurnia Allah ( Yati menamatkan Phd tahun lepas, Nazri sambung belajar dan bertugas di tempat baru tahun ini) . Moga-moga kalian berdua terus dilimpahi rahmatNYA sepanjang masa.










Saturday, July 25, 2009

My wonderful room mate



A Malacca born , Ross Azura is now lecturing in UNIMAS Sarawak. I had a pleasant encounter with this bright, intelligent and soft-spoken girl. What is more interesting, this high achiever is not a snob at all, very down to earth person. Hopefully we can work together on our cases.

Writing Cases workshop








The workshop was held at IMATEC Building, Intan Bukit Kiara from 20th till 24th July. It was jointly organised by INTAN and Harvard Business Club Malaysia. Professor Quinn D. Mills and Carole Winkler from Harvard were the lecturers ; patiently guiding us to write cases. I met many interesting individuals who came from various background (field); a large number from universities, there are also representatives from Akademi Pencukaian, Akademi Audit Negara, Akademi Kastam, the Nursing College, The army, the policemen and others who are involved in training and education. It was a fruitful and meaningful workshop; we had to write cases, formed a web group and will be closely monitored by Quinn and Carole. We will work online, presenting our cases to them, reviewing our friends' cases and teaching notes, online. Hopefully, by the time we meet again in November this year, we will become better case writers. I met a wonderful person as my room mate, Ross Azura from UNIMAS. Very young but very talented and I feel she will venture further in the academic field (clinical psychology). Will upload you photos later, Zura. Thank you for the moments shared as room mates.







Wednesday, July 22, 2009

Sunday, July 19, 2009

Tidur yang nyenyak

Saya menulis entri ini sebaik sahaja siap solat jama Isya' dan Maghrib. Sebaik sahaja mendaftar masuk jam 4.30 petang tadi (setelah seharian di rumah Kak Min yang mengambil saya di KLIA pagi tadi); saya terus mengemaskan kain baju (termasuk ironing semua baju yang dibawa). Selepas itu, saya cuma bercadang merehatkan diri tetapi saya terlena tidur dan hanyalah tersedar jam 11.30 malam. Tidur yang cukup lena mengantikan semalaman tidur yang hilang. Selalunya dalam flight, saya boleh melelapkan mata tapi hari ini tidak begitu. Kapal begitu bising; saya tak pasti berapa lama usia kapal ini tetapi bunyi enjin (tak pasti apa lagi bahagian lain yang berbunyi) membuatkan saya terjaga sepanjang penerbangan. Sampai sahaja di KLIA, Kak Min datang ambil. Seronok dengar cerita Kak Min yang baru dua minggu pulang dari UK. Beliau merupakan salah seorang daripada kumpulan kedua Pengetua-pengetua sekolah seluruh negara yang dihantar berkursus di King's College selama dua bulan. Sekolah-sekolah mereka dipilih menjadi sekolah kluster. Leka melihat gambar-gambar di sana (Kak Min sempat menghabiskan cuti hujung minggu melancong ke Paris dan Scotland dan tempat-tempat menarik di London). Saya sempat juga melihat kegigihan Kak Min untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pengajaran utama yang saya dapati hari ini ialah kesungguhan serta usaha yang gigih pasti menghasilkan kejayaan. Saya mahu berkongsi cerita (saya harap Kak Min tak kisah) bagaimana beliau terus mengadakan sesi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris beliau dengan guru-gurunya di sekolah sebaik sahaja beliau mengetahui beliau akan dihantar berkursus di London. Saya juga melihat seorang Pengetua yang proaktif dan sentiasa ingin memajukan diri (walaupun beliau hanya ada kurang 3 tahun sebelum bersara). Sangat IT savvy, beliau menyiapkan persembahan tugasan dengan slaid menarik dan penuh input. Kalau kita hendak, semua akan menjadi. Saya mengenali beliau sebagai Pengetua yang berusaha menyaipakn kerja sendiri tanpa banyak sangat bergantung kepada anak-anak buahnya. Saya berharap Kak Min akan membina blog beliau agar pengalaman beliau selama ini boleh dikongsi oleh guru-guru muda atau bakal-bakal guru.
Setiap detik yang berlalu dalam hidup kita merupakan proses pembelajaran kepada insan yang masih mendahagakan ilmu seperti saya. Orang-orang yang saya temui dalam kehidupan saya merupakan anugerah Allah kepada insan kerdil seperti saya untuk terus belajar dan menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.
Bilik penginapan saya di Intan Bukit Kiara ini sangat kondusif; sama tarafnya dengan hotel 4 star; kampusnya besar dan cantik (saya impikan kampus Gaya saya akan menjadi seperti ini satu hari nanti). Ada kawan yang tak nak menginap di sini tetapi sanggup berualang alik dari hotel di KL kerana katanya tiada life di kampus ini. Memang kampus ini agak terpinggir (tetapi tidaklah jaun sangat, hampir dengan Taman Tun Dr Ismail), tetapi suasananya yang nyaman dan tenang , sangat terapeutik seperti yang saya impikan. Saya harap Allah berikan kekuatan dan keupayaan fizikal kepada saya sepanjang berkursus kerana bilik penginapan agak jauh dari tempat berbengkel. Ada hikmahnya, berjalan akan menjadi satu senaman yang baik untuk saya.
Harapnya bengkel ini akan menghasilkan pengalaman baru yang lebih menarik kepada saya.

Saturday, July 18, 2009

Kesyukuran

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar sistem pesanan ringkas (sms), panggilan telefon dan e-mail. Maafkan saya sekiranya tidak dapat membalas satu persatu. Ingatan dan doa kalian semua sangat saya hargai. Hari ulangtahun yang ke 46 adalah hari yang sangat padat untuk saya. Bermula dari awal pagi, saya menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan berkesan - Kepimpinan Instructional (Pengajaran) dan Kepimpinan Futuristik kepada 80 guru di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Dewannya besar dan sistem PA yang sangat baik meningkatkan motivasi untuk menyampaikan ceramah dengan berkesan. Pendengarnya pula merupakan audien yang sangat menumpukan perhatian, mencelah bila sesuai serta sangat proaktif kepada input yang disampaikan. Satu input yang telah saya sediakan ialah meningkatkan motivasi diri sendiri yang akan memberikan inspirasi kepada orang lain. Ia sangat berkaitan dengan diri saya yang terlalu penat kerana banyak tuntutan kerja ditambah lagi dengan travelling. Kalau diikut rasa penat, sudah tentu saya tidak mampu memberikan inspirasi kepada orang lain terutamanya anak murid sendiri. Bagaimana saya hilangkan kesemua kepenatan dan merasa lapang hati? Mohon, mohon, mohon serta yakin Allah membantu. Saya sangat yakin bahawa Allah mendengar dan memperkenankan doa saya, yang ada kalanya hanyalah menyebut " Ya Allah, tolonglah aku, bantulah aku, permudahkanlah.."; tersangat ringkas tetapi diulang banyak kali penuh keyakinan dan menyerahkan segalanya kepada DIA Yang Maha Berkuasa.

Saya juga sedar sekiranya ALLAH belum memperkenankan hajat di hati, sudah tentu ada rahsiaNya yang Hanya Dia Mengetahui. Saya pasrah dan redha serta yakin Allah akan merahmati dengan anugerah lain yang lebih bermakna.
Anak-anak didik (KPLI Bimbingan & Kaunseling) hadir ke rumah membawa kek, hadiah dan juadah; siap dipesan kepada saya, usah sediakan makanan. Memang tak sempat pun walau di hati nak sangat menjamu mereka. Malam ini, perlu siapkan minit mesyuarat serta pack baju untuk terbang lagi awal pagi jam 6 ke Kuala Lumpur. Kali ini, saya akan berkursus (bengkel) Writing Cases Workshop di Intan Bukit Kiara selama seminggu.
Saqya mohon anda yang membaca entri blog saya sudi-sudikanlah meninggalkan komen; ramai yang membaca, rupanya tetapi tak dapat saya kesan kecuali jika anda menulis komen.
Saya lalui hari ini dengan jadual yang begitu padat. Namun begitu, sempat juga mengenang dia (yang telah pergi); hanya sedikit catatan ringkas dilontarkan melalui sms. Saya tahu dia mengenang saya tetapi .......ALLAH yang mengatur segala-galanya.

Saat ini dalam Kenangan
























































Kepimpinan Instructional dan kepimpinan futuristik

Pertama kali, saya diberikan tajuk ini. Ia suatu yang mencabar kerana saya perlu benar-benar menghayati dan memahami konsep sebelum menyampaikan input. Lebih mencabar bila saya hanya diberitahu dua hari sebelum ceramah. Alhamdulillah, Allah jua yang mempermudahkan usaha saya untuk mencari buku-buku yang berkaitan serta menyiapkan slaid persembahan. Syukur juga kerana saya dapat menyampaikan ceramah berkenaan dengan baik (saya sendiri perasan? tapi semua audien mendengar dengan penuh minat dan memberikan respons yang sesuai).
Kedua-dua konsep ini menekankan bahawa setiap manusia merupakan pemimpin dalam kapasiti tersendiri serta menjanakan stail kepimpinan abad ke 21. Lebih bayak saya membaca berkenaan kedua-dua konsep ini, lebih berminat saya mengetahui lebih mendalam.
Terima kasih kepada penganjur serta audien yang memberikan saya peluang untuk berfikir dan menggerakkan keupayaan kognitif saya. Berfikir dan berfikir, menaakul serta menterjemahkan kembali dalam bahasa yang paling sesuai merupakan cabaran hebat kepada minda saya. Syukur, kerana semuanya itu membuatkan saya lebih bertenaga serta lebih muda (perasan sendiri tapi anak Norlila juga sebut) ...
Intisarinya ialah manusia yang berhenti berfikir akan mempercepatkan usia sendiri.

Friday, July 17, 2009

46

I am 46 years old today. I have few wishes, simple but significant:
a. I wish that ALLAH will continue to bless me with health, wealth and Iman; and bless me always and forever with HIS GRACE and MERCY .
b. I wish I could give more to those who are in need
c. I wish I shall be a better person and a better Muslim.
d. I wish that the world will be more peaceful and better place to live.

I plan not to wish for many things. Of course, age is just a kind of figure (number) but definitely , it tells me, that its not going to be that long journey, anymore.
Thank you to those who have sent me wishes and doa.

Wednesday, July 15, 2009

Tiga hari yang berlalu

Seperti biasa, masa terlalu cepat berlalu. Sudah tiga hari saya berada di BPG Putrajaya menyiapkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Bukan suatu tugas yang mudah, tetapi tidak juga mencabar. Sukar kerana perlu menaip (menyiapkan dalam Word Document) dari mula, tiada softcopy daripada dokumen lama, tiada juga tempalat. Terima kasih kepada Tuan Haji Zarawi (IPGM Kampus Kota Bharu) yang membantu saya. Berita gembira saya terima pagi tadi ialah pembentangan sukatan KDP 14 M Guru Bimbingan di hadapan Jawatankuasa Kurikulum BPG diluluskan tanpa banyak pindaan . Tahniah kepada Tuan Haji Osman Karim (IPGM Kampus Perlis) dan Cik Angie Garet (IPGM Kampus IPTAR) yang telah membentangkan dengan begitu cemerlang. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Osman yang menelefon untuk memberitahu perkembangan serta mengenang juga sumbangan saya. Menyiapkan sukatan ini suatu yang memenatkan untuk saya sejak awal terlibat; bukan letih berulang alik untuk mengubal dan memurnikan, bukan juga penat bersekang mata menaip satu dokumen yang begitu tebal dengan sesempurna mungkin, tidak terasa langsung kepenatan dalam konteks fizikal. Ia suatu tugasan yang saya sangat seronok melakukan kerana saya terlibat dalam pembinaan matriks perbandingan kompetensi antara sukatan kami dengan sukatan PTK serta terlibat dengan perbincangan yang agak lama dengan teman-teman penyelaras kursus dari seluruh negara. Apa yang perit, kalau begitu? Biarlah sahaja ALLAH yang mengetahui (dan tentunya, teman-teman dalam panel); emosi yang terganggu oleh sikap insan yang tidak perihatin dengan keselesaan insan lain dan membantutkan diri insan lain untuk menyumbang lebih berkesan. Saya anggap semuanya merupakan proses pembelajaran dalam hidup ini dan saya juga tunduk kepada hakikat bahawa saya juga tidak terlepas , mungkin, daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Saya berdoa sukatan yang disemak semula ini yang telah diterima pakai akan membantu bakal-bakal peserta kursus (KDP 14M GBSR) untuk mendapat input secukupnya yang boleh diaplikasikan di sekolah nanti. Sukatan tidak akan berjaya sekiranya aplikasi dan penterjemahan ilmu dan kemahiran tidak diiringi oleh sikap yang positif dan komitmen yang ikhlas.
Tiga hari di Putrajaya, saya dijamu begitu kenyang oleh Kak Siti(Puan Siti Fatimah Pilus,). Hilang semua diet saya selama ini dek penangan sambal pijak gajah (ikan bilis dan cili padi hijau ditumbuk dan diperahkan asam limau kasturi). Tapi, mungkin juga lebih makan untuk menghilangkan kekalutan emosi.
Saya juga dibawa kak Siti bersiar-siar ke seluruh Putrajaya; amat nostalgik sungguh. Bayangkan saya berada di Putrajaya dari mula bandar ini ujud dan kemudian meninggalkannya untuk berhijrah ke KK. Sekali sekala hadir di sini selalunya tidak sempat menyaksikan progress yang berlaku. Tapi, dua hari, Kak Siti memandu saya ke seluruh Precint di Putrajaya dan saya benar-benar mengkagumi persekitaran bandaraya futuristik ini. Apa pun orang kata, bagi saya, ia lambang ketamadunan masa akan datang yang dihasilkan oleh pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang melangkaui abad masa kini. Walau bagaimanapun, traffic jam awal pagi menuju pejabat membuatkan saya rindu amat sangat kepada KK (yang walaupun berlaku juga kesesakan kereta, tetapi tidak begitu teruk). S aya tinggalkan Putrajaya dengan kebanggaaan terhadap reka bentuk bangunan serta kemewahan bandarnya; semuanya merupakan unsur-unsur penting untuk membangunkan ketamadunan sebuah negara bangsa.

Sunday, July 12, 2009

Teratak Nenda





Teratak Nenda terletak di Bt 24 1/2 Kampung Brisu, Melaka merupakan tempat dimana saya (dan adik-adik) dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Almarhun ninda tercinta, Haji Baba bin Abdul Rahman dan Hajah Lijah bte Arsat. Sekarang, Jafri (salah seorang adik ipar) menguruskan dusun dan rumah kami itu. Kemana pun saya pergi, dimana pun saya berada, tak mungkin lupa tempat kami bermain dan belajar menjadi manusia. Tadi, dalam perjalanan ke SMAP, RMC dan Putrajaya, kami singgah sebentar di sana. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana mengurniakan rezeki dalam buah-buahan yang melimpah ruah tahun ini; puas hati makan durian, rambutan, cempedak. Manggis dan mata kucing baru belajar berbuah. Ramai yang dapat berkongsi makan, moga-moga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Almarhum nenda berdua, dan kedua Almarhum ibu bapa (ibu disemadikan jauh di Ma'ala, Mekah Al Mukaramah; nenda dan abah di kampung). Amin