Monday, July 27, 2009
Penyeliaan Praktikum Kali Pertama(2)
Sunday, July 26, 2009
Penyeliaan Praktikum Kali Pertama
H1N1
Rumah baru
Yati mengadakan kenduri (bacaan Yasin dan solat hajat) di rumah baru yang tersergam indah di Taman Bukit Sepanggar. Alhamdulillah, seronok melihat Yati dan Nazri dianugerahi begitu banyak kurnia Allah ( Yati menamatkan Phd tahun lepas, Nazri sambung belajar dan bertugas di tempat baru tahun ini) . Moga-moga kalian berdua terus dilimpahi rahmatNYA sepanjang masa.
Saturday, July 25, 2009
My wonderful room mate
Writing Cases workshop
The workshop was held at IMATEC Building, Intan Bukit Kiara from 20th till 24th July. It was jointly organised by INTAN and Harvard Business Club Malaysia. Professor Quinn D. Mills and Carole Winkler from Harvard were the lecturers ; patiently guiding us to write cases. I met many interesting individuals who came from various background (field); a large number from universities, there are also representatives from Akademi Pencukaian, Akademi Audit Negara, Akademi Kastam, the Nursing College, The army, the policemen and others who are involved in training and education. It was a fruitful and meaningful workshop; we had to write cases, formed a web group and will be closely monitored by Quinn and Carole. We will work online, presenting our cases to them, reviewing our friends' cases and teaching notes, online. Hopefully, by the time we meet again in November this year, we will become better case writers. I met a wonderful person as my room mate, Ross Azura from UNIMAS. Very young but very talented and I feel she will venture further in the academic field (clinical psychology). Will upload you photos later, Zura. Thank you for the moments shared as room mates.
Wednesday, July 22, 2009
Sunday, July 19, 2009
Tidur yang nyenyak
Saturday, July 18, 2009
Kesyukuran
Saya juga sedar sekiranya ALLAH belum memperkenankan hajat di hati, sudah tentu ada rahsiaNya yang Hanya Dia Mengetahui. Saya pasrah dan redha serta yakin Allah akan merahmati dengan anugerah lain yang lebih bermakna.
Anak-anak didik (KPLI Bimbingan & Kaunseling) hadir ke rumah membawa kek, hadiah dan juadah; siap dipesan kepada saya, usah sediakan makanan. Memang tak sempat pun walau di hati nak sangat menjamu mereka. Malam ini, perlu siapkan minit mesyuarat serta pack baju untuk terbang lagi awal pagi jam 6 ke Kuala Lumpur. Kali ini, saya akan berkursus (bengkel) Writing Cases Workshop di Intan Bukit Kiara selama seminggu.
Saqya mohon anda yang membaca entri blog saya sudi-sudikanlah meninggalkan komen; ramai yang membaca, rupanya tetapi tak dapat saya kesan kecuali jika anda menulis komen.
Saya lalui hari ini dengan jadual yang begitu padat. Namun begitu, sempat juga mengenang dia (yang telah pergi); hanya sedikit catatan ringkas dilontarkan melalui sms. Saya tahu dia mengenang saya tetapi .......ALLAH yang mengatur segala-galanya.
Kepimpinan Instructional dan kepimpinan futuristik
Kedua-dua konsep ini menekankan bahawa setiap manusia merupakan pemimpin dalam kapasiti tersendiri serta menjanakan stail kepimpinan abad ke 21. Lebih bayak saya membaca berkenaan kedua-dua konsep ini, lebih berminat saya mengetahui lebih mendalam.
Terima kasih kepada penganjur serta audien yang memberikan saya peluang untuk berfikir dan menggerakkan keupayaan kognitif saya. Berfikir dan berfikir, menaakul serta menterjemahkan kembali dalam bahasa yang paling sesuai merupakan cabaran hebat kepada minda saya. Syukur, kerana semuanya itu membuatkan saya lebih bertenaga serta lebih muda (perasan sendiri tapi anak Norlila juga sebut) ...
Intisarinya ialah manusia yang berhenti berfikir akan mempercepatkan usia sendiri.
Friday, July 17, 2009
46
a. I wish that ALLAH will continue to bless me with health, wealth and Iman; and bless me always and forever with HIS GRACE and MERCY .
b. I wish I could give more to those who are in need
c. I wish I shall be a better person and a better Muslim.
d. I wish that the world will be more peaceful and better place to live.
I plan not to wish for many things. Of course, age is just a kind of figure (number) but definitely , it tells me, that its not going to be that long journey, anymore.
Thank you to those who have sent me wishes and doa.
Wednesday, July 15, 2009
Tiga hari yang berlalu
Tiga hari di Putrajaya, saya dijamu begitu kenyang oleh Kak Siti(Puan Siti Fatimah Pilus,). Hilang semua diet saya selama ini dek penangan sambal pijak gajah (ikan bilis dan cili padi hijau ditumbuk dan diperahkan asam limau kasturi). Tapi, mungkin juga lebih makan untuk menghilangkan kekalutan emosi.
Saya juga dibawa kak Siti bersiar-siar ke seluruh Putrajaya; amat nostalgik sungguh. Bayangkan saya berada di Putrajaya dari mula bandar ini ujud dan kemudian meninggalkannya untuk berhijrah ke KK. Sekali sekala hadir di sini selalunya tidak sempat menyaksikan progress yang berlaku. Tapi, dua hari, Kak Siti memandu saya ke seluruh Precint di Putrajaya dan saya benar-benar mengkagumi persekitaran bandaraya futuristik ini. Apa pun orang kata, bagi saya, ia lambang ketamadunan masa akan datang yang dihasilkan oleh pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang melangkaui abad masa kini. Walau bagaimanapun, traffic jam awal pagi menuju pejabat membuatkan saya rindu amat sangat kepada KK (yang walaupun berlaku juga kesesakan kereta, tetapi tidak begitu teruk). S aya tinggalkan Putrajaya dengan kebanggaaan terhadap reka bentuk bangunan serta kemewahan bandarnya; semuanya merupakan unsur-unsur penting untuk membangunkan ketamadunan sebuah negara bangsa.
Sunday, July 12, 2009
Teratak Nenda
Teratak Nenda terletak di Bt 24 1/2 Kampung Brisu, Melaka merupakan tempat dimana saya (dan adik-adik) dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Almarhun ninda tercinta, Haji Baba bin Abdul Rahman dan Hajah Lijah bte Arsat. Sekarang, Jafri (salah seorang adik ipar) menguruskan dusun dan rumah kami itu. Kemana pun saya pergi, dimana pun saya berada, tak mungkin lupa tempat kami bermain dan belajar menjadi manusia. Tadi, dalam perjalanan ke SMAP, RMC dan Putrajaya, kami singgah sebentar di sana. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana mengurniakan rezeki dalam buah-buahan yang melimpah ruah tahun ini; puas hati makan durian, rambutan, cempedak. Manggis dan mata kucing baru belajar berbuah. Ramai yang dapat berkongsi makan, moga-moga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Almarhum nenda berdua, dan kedua Almarhum ibu bapa (ibu disemadikan jauh di Ma'ala, Mekah Al Mukaramah; nenda dan abah di kampung). Amin
Saturday, July 11, 2009
Saringan
Teman dari Jelebu
Friday, July 10, 2009
A sharing session
Thursday, July 9, 2009
Penulisan refleksi yang cemerlang
Tuesday, July 7, 2009
Hari ini
Dalam kelam kabut hari ini, saya menerima panggilan daripada seoarng guru pembimbing yang merupakan anak didik saya. Beliau menyentuh hal yang saya sebutkan dalam entri semalam. Saya memang berhajat nak pergi menyelesaikan kes ini di sekolah itu tetapi saya hanya akan pergi, mungkin esok, bila keadaan tenang. Apa pun masalah atau isu tidak akan diselesaikan dengan bijaksana sekiranya tiada ketenangan. Doakan saya agar saya mampu dan diberikan pertolongan oleh ALLAH s.w.t untuk menangani hal ini dengan hikmah.
Terima kasih kepada komen-komen yang diberikan tentang hal ini serta panggilan telefon dan sms daripada rakan, anak didik dan pembaca blog yang perihatin. Saya sebenarnya tidak mampu menyelamatkan semua anak murid daripada melakukan kesalahan. Kegagalan, kesalahan dan kekhilafan merupakan elemen dalam proses pembelajaran.
Impian saya ialah kedua-dua kumpulan KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang saya telah, sedang dan akan terus membimbing bersatu hati. Saya tidak melebihkan satu kumpulan dengan kumpulan lain, kedua-duanya sama penting, sama kasih sayang saya berikan. Kepada Dino, Maslinah dan rakan-rakan, walaupun anda semua telah graduate, saya tetap perihatin , sedia membantu dan sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar laluan kerjaya anda semua akan menjadi lancar, dipermudahkan ALLAH dan menjadi penjawat awam yang cemerlang. Kepada Nancy dan rakan-rakan , saya mahukan anda tentunya menjadi pelatih yang cemerlang, yang berani mengakui kesilapan serta mengubah diri sekiranya ada keperluan dan menyesuaikan dengan respons persekitaran. Tidak mudah bagi kedua-dua kumpulan anda tetapi sekiranya anda bersatu hati dan mengorak langkah secara berkolaborasi (antara yang senior dan junior); pastinya cabaran mendatang akan lebih mudah dan pantas ditanggani. Siapa pun anda, saya tetap melayan anda sebagi insan yang dimuliakan Tuhan, insan yang mampu menyumbang ke arah kecemerlangan bangsa.
Saya terharu dengan komen Ira (isteri Dino), terima kasih. Saya yakin anda akan menjadi seoarng teman dan seorang isteri yang menyokong komitmen suami dalam menterjemahkan kegigihan beliau dalam bekerja; pada masa yang sama, akan terus mengorak langkah menjadi guru bimbingan yang sama cemerlang seperti Dino.
Saya berharap akan tidur nyenyak malam ini; walaupun saya menantikan tetamu (2 rakan dari KL) yang akan bermalam di rumah saya sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang esok. Flight mereka delay dan agaknya akan sampai jam 11 malam.
Hari ini, semasa bertemu dengan pelatih-pelatih B.Ed TESL Cohort 3, yang pulang semula ke Gaya setelah beberapa ketika di Shah Alam; terkenang Cohort 5 yang sedang dalam kekeliruan dan kebingungan dalam menghadapi hari-hari pertama mereka di kampus Shah Alam. Rindunya pada keletah dan ragam mereka.
Hari ini, dalam segala kesibukan, ingatan melayang juga pada orang yang diizinkan pergi. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk mampu merawat kerinduan ini untuk selamanya.
Hari ini, mungkin kerana penat, mungkin terusik dengan insiden guru pelatih, atau mungkin kerana....., air mata ku tumpah juga, selebat hujan yang turun semalam...
Monday, July 6, 2009
Kesantunan bahasa
Memang sukar menerima kenyataan yang benar tapi pahit dikatakan. Hanya insan-insan agung yang mampu menerima teguran dan komen secara terbuka dan tidak defensif.
Apa yang boleh saya katakan? Saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa A tetap A, ia tak boleh jadi B atau C.
Cuma, aturkan bicara selembut mungkin, baik lisan di mulut mahupun pena menulis; sentiasa ingat sopan santun dalam berbahasa agar tidak disalah tafsir dan tidak menunjukkan ego sendiri.
Banyak lagi akan kamu lalui, ini hanyalah sebahagian, sekelumit....semuanya merupakan proses pembelajaran...dan kita tak akan berhenti belajar, belajar, belajar.....masa akan mematangkan kita tetapi belajar tetap diteruskan. Pandanglah sesuatu dengan mata hati...
?
Ya ALLAH, bantulah dan lapangkan kesakitan hambaMu itu, permudahkanlah bagi beliau apa yang Kau rasa terbaik untuknya. Amin.