FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Tuesday, September 15, 2009

Fasa Praktikum yang berlalu

Semalam, saya melaksanakan penyeliaan terakhir untuk seorang pelatih. Semalam hari terakhir bagi semua pelatih melaksanakan praktikum. Oleh kerana hari ini cuti menyambut Hari Malaysia, kebanyakan sekolah di Sabah mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti untuk esok (Khamis) dan Jumaat untuk menyambut Aidil Fitri.
Tempoh praktikum ialah 12 minggu. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana semua pelatih saya telah berjaya melaksananakan latihan praktikum dengan jayanya tanpa sebarang isu atau masalah besar. Syabas kepada anda semua. Saya amat memahami bahawa kesemua 28 orang daripada anda telah melalui satu tempoh yang mencabar, penuh suka duka, bersekang mata menyiapkan tugasan dan rekod serta penat fizikal, mental dan emosi. Bukan anda sahaja; saya juga telah melalui 12 minggu yang penuh debaran serta sentiasa tidak putus berdoa agar tiada isu berbangkit dalam tempoh berkenaan.
Pengalaman selama 12 minggu ini bakal mencorakkan kanvas kerjaya anda sebagai guru bimbingan. Tiada istilah mudah dan ambil ringan dalam merancang dan melaksanakan bidang pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Senario di sekolah penuh dengan warna warni coretan suka duka. Tidak semua warga sekolah faham dan memberikan kerjasama kepada guru bimbingan. Itulah hakikatnya. Anda telah melalui dan mengalaminya dan saya berharap anda telah menperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berhadapan dengan sebarang keadaan dan ragam di situasi yang sebenar nanti. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar warga sekolah bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran anda ; malah turut bekerjasama dan melibatkan diri dengan program anda semua. Anda tidak mampu mengubah sikap dan tabiat orang lain dan misi kita bukan mengubah orang luar. Misi kita ialah mencari satu titik pertemuan di antara pelbagai perbezaan dan ragam manusia di sekolah agar dapat kita menjayakan usaha murni untuk membantu murid-murid menjadi modal insan yang cemerlang.
Saya harap anda telah mengetahui kepentinga merancang apa sahaja yang mahu dilakukan. Penekanan kepada penyediaan kertas cadangan yang sistematik dan terpeinci amat membantu pelaksanaan satu-satu aktiviti/program? Segala perkara kecil perlu jadi besar untuk menjayakan program. Anda telah mendapat pembelajaran hands on yang terbaik dan saya harapkan anda sentiasa ingat apa yang mesti dilakukan , apa yang perlu dielakkan, apakah yang perlu anda jangkakan dan pelan alternatif yang perlu disediakan. Saya sangat menekankan dokumentasi kerana ia merupakan satu bentuk penilaian yang terbaik kepada diri sendiri. Dokumentasi memberikan ruang untuk kita mengimbau perjalanan program kita , menyemak keselarasan pelaksanaan program dengan apa yang telah dirancang serta peluang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kita. Harapnya anda semua komited/tekun meneruskan penyediaan kertas cadangan dan dokumentasi lengkap di masa akan datang. Usah risau sekiranya sesi kaunseling anda belum mencapai tahap terbaik; bukankan pengalaman itu satu proses pembelajaran terbaik? Saya yakin setahun dua lagi bila anda telah melakukan beratus-ratus sesi, semakin lama kemahiran kaunseling anda bertambah mantap. Lagipun, murid-murid di sekolah rendah hanya memerlukan telinga anda untuk mendengar; anda tajamkan kemahiran mendengar terlebih dahulu dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang lain akan tertanan dengan sendirinya dalam jiwa anda.
Masihkah anda ingat doa yang kita mohon bersama dalam majlis solat hajat yang kita adakan sebelum praktikum bermula? Kita mohon agar anda semua dilimpahi dengan kekuatan dan ketahahan diri serta dibantu oleh ALLAH untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan sepanjang praktikum dengan lancar tanpa masalah? Marilah kita memanjatkan ucapan kesyukuran kepada ALLAH yang telam memperkenankan doa kita itu.
Syabas kepada anda semua.

1 comment:

Anonymous said...

penulisan yang sangat membantu saya sebagai guru pelatih