Selepas check in di Hotel Goldcourse, teman saya dari Ipoh, Dr Anna Wong menemankan saya ke kedai runcit 99 , depan hotel.Saya nak beli air mineral kerana hotel tak bekalkan. Dr Anna teruja sangat sampai Klang , kampung halamannya. Selepas membeli air mineral, beliau bawa saya berjalan ke kawasan sekitarnya. Ada kedai cendol Klang, ada deretan kedai-kedai biasa di sekitarnya. Sudah lama saya tidak ke Klang. Hotel yang kami menginap tidaklah begitu menyelesakan. Saya puas mengingat lif mana yang hendak digunakan kerana lif berbeza mengikut arah mana hendak pergi. Tidak dapat berkongsi gambar kerana tertinggal kamera di KK. Apapun, terima kasih Dr Anna kerana sudi berkongsi tempat-tempat menarik di Klang. Saya ingat Klang kerana dulu-dulu semasa saya belajar di YS-ITM Sabah, ada masa aruah Pak Long Aziz ( saudara sebelah nenek) ambil di Lapangan Terbang Subang dan menumpanglah saya bermalam di rumahnya di klang sebelum balik rumah sendiri. Begitu lama masa berlalu, adakalanya kenangan begitu nostalgik sekali.
1 comment:
Cendol Klang memang sedap. Dekat-dekat hotel tu pun banyak kedai yang jual barang-barang secara borong macam macro gitu!!
Post a Comment