Pertama kali melihatnya, saya sudah jatuh cinta. Seperti saya katakan pada Kak Mah (kami bersama-sama dalam penerbangan KK ke KLIA pagi tadi); saya tidak nyenyak tidur ingatkannya. FTec Digital AlQuran Smart Book. Saya sudah membelinya hampir tiga minggu lepas. Saya berkongsi hal ini kerana ia gadget yang menarik perhatian sahabat-sahabat yang melihat saya menggunakannya. Sudah dipasarkan mulai Oktober tahun lepas, cuma ramai tidak menyedari kehadirannya;mungkin tidak begitu dipromosikan. Fungsi seperti note book biasa (mini notebook) tetapi ia datang dengan perisian AlQuran yang telah diperakukan KDN. Walaupun saya sudah mempunyai notebook , tetapi smart book ini menarik untuk dimiliki kerana fungsi perisiannya yang lengkap AlQuran (bacaan, terjemahan dan tafsir) serta alunan azan (versi Mekah, Madinah). Tentulah kapasiti hard disk tidak tinggi (ia sangat kecil) tetapi sangat sesuai untuk dibawa
travelling . Saya lengkapkan dengan membeli perisian Windows dan Microsoft (lesen) dan sudah tentu penggunanya boleh menyediakan
Word Processing dan menyediakan persembahan Power Point. Paling penting boleh juga menggunakan internet sekiranya ada akses kepada jaringan internet. Kalau berminat, lawat sahaja laman web FTec. Harga sangat kompetitif, di Semenanjung, hanya RM 1100. Sekarang tiada lagi alasan tidak jumpa AlQuran dalam bilik hotel terutamanya bila
travel.