FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Monday, July 27, 2009

Penyeliaan Praktikum Kali Pertama(2)

Saya bercadang untuk memulakan siri penyeliaan fasa pertama hari ini tetapi hujan lebat yang turun seawal jam 6.30 pagi membantutkan perjalanan saya. Saya mula bersin berkali-kali dan walaupun tidak selsema, saya memikirkan bahawa lebih baik saya duduk di dalam pejabat saya hari ini. Saya mahu menjaga diri dengan tidak mendedahkan kepada persekitaran di luar , mudah-mudahan antibodi saya dapat kembali kuat dan pulih untuk menanggani keadaan cuaca yang panas sejuk serta angin yang begitu kencang di luar sana. Walaupun begitu, saya bersyukur kepada ALLAH kerana menurunkan hujan yang begitu lebat pagi ini serta angin yang kencang, moga-moga hujan yang diturunkan akan membersihkan jangkitan virus yang sedang beredar begitu drastik di udara kita. Petang semalam, Cikgu Fatimah (Mak Ngah) memberitahu bahawa rumahnya dan rumah ibunya di Batu Berendam dinaiki air kerana hujan yang begitu lebat. Kalua saya ada di Melaka, tentunya bolehlah saya bantu membersihkan rumah.
Saya sedang cuba mengumpulkan kekuatan fizikal, emosi dan mental saya sebelum melakukan penyeliaan. Sebenarnya, emosi agak terganggu kerana beberapa pelajar saya membuat panggilan telefon memberitahu mereka mempunyai program lain yang tidak memberikan ruang untuk saya melakukan penyeliaan. Sedikit kecewa kerana saya sudah beritahu semenjak Pra Penyeliaan (3 minggu lepas) bahawa Penyeliaan Pertama akan dibuat minggu ini. Pelajar yang perihatin sudah tentu berupaya mengatur perancangan program lain pada masa dan ketika yang sesuai untuk mengizinkan saya menyelia mereka. Tapi, mungkin juga saya sedikit sensitif akibat fizikal yang tidak begitu sihat, tidak juga sakit tetapi tidak begitu kuat untuk menanggani tekanan begitu. Saya perlu habiskan penyeliaan pertama minggu ini supaya ada ruang untuk pelajar-pelajar saya bersedia memperbaiki apa yang sepatutnya pada penyeliaan kedua sebelum cuti semester nanti.
Tambahan kepada aspek penyeliaan :
Sesi kaunseling yang dilaporkan dalam bentuk rakaman (jika perlu), transkrip dan laporan sesi. Ramai yang mengeluh bila perlu menyiapkan transkrip sesi. Saya sudah tekankan hanya perlu seorang klien individu, cukuplah tiga transkrip dan tiga laporan setara. Tiada kerja yang mudah, saya juga telah melalui keperitan menulis transkrip. Itulah sebabnya saya tidak mahu anda semua (pelajar-pelajar) saya melakukan sesi kaunseling dengan begitu banyak klien sehinggakan anda terlupa, terlalai atau terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat menulis transkrip yang baik. Setiap column transkrip mesti dilengkapkan; terutamanya ruang kemahiran kaunselor; usah pula mencatat kemahiran klien; bukankan anda sebagai kaunselor yang dinilai kemahiran kaunseling; bukannya klien!
Sesi kaunseling kelompok pula tidak perlu transkrip tetapi penyelia anda mesti dapat mengikuti salah satu sesi kelompok secara langsung. Walau bagaimanapun, saya tentunya akan memberikan markah tambahan jika anda dapat menyediakan sekurang-kurangnya transkrip sesi kaunseling kelompok.
Secara peribadi, saya merasakan bahawa terlalu banyak fokus diberikan kepada program bimbingan. Mungkin anda semua tidak dapat mengelakkan diri kerana diarahkan oleh pihak sekolah. Tidak mengapa menyumbangkan tenaga dan bantuan tetapi perlulah dipastikan core business sebagai guru pelatih tidak terjejas. Penulisan rekod mestilah sentiasa up to date dan ditulis dengan begitu teliti dan tulisan serta catatan yang terperinci dan komprehensif tetapi selektif (janganlah memasukkan unsur-unsur sentimen yang boleh menjejaskan hubungan dengan pihak lain) . Refleksi harian serta jurnal mingguan mestilah berfokuskan kepada penelitian kepada diri anda, setakat mana insiden atau kejadian (apa sahaja yang dilakukan atau telah berlaku) menyumbang kepada proses pembelajaran anda.
Saya belum sempat memantau kesemua pelajar saya (terutama yang bukan di bawah penyeliaan saya) tetapi saya yakin anda semua akan perihatin kepada input yang saya sampaikan di blog ini. Mungkin agaknya semua faham dan serba tahu kerana hanya beberapa orang sahaja yang menulis pesanan ringkas, menulis email serta memanggil saya melalui telefon untuk bertanyakan beberapa isu atau perkara, Saya andaikan sekiranya anda tidak bertanya, maksudnya anda jelas apa yang perlu dibuat. Janganlah sampai akhir praktikum masih disebut ayat: " saya masih blur lagi apa perlu dibuat...."
Satu aspek yang penting ialah kemahiran anda untuk mengadaptasi dengan organisasi sekolah. Maksudnya, sejauh manakah anda diterima oleh warga sekolah sepanjang anda menjalani praktikum? Manusia berbeza, anda melihat, anda memerhati, anda nampak banyak perkara di sekolah yang tak sepatutnya dilakukan, anda nampak perkara-perkara yang tidak merangsang kepada proses pembelajaran anda sebagai guru permulaan. Tetapi, anda hanyalah menjalani latihan praktikum yang begitu singkat; elakkan diri daripada terperangkap dalam kontroversi atau ketidakselesaan dengan pihak sekolah. Sebagai budak baru belajar, tunjukkan kesantunan anda yang tinggi arasnya, kesabaran melihat keadaan yang anda fikir boleh diperbetulkan serta kekuatan mencari sesuatu yang positif di sebalik segala cabaran dan dilemma. Pasti boleh sekiranya anda merendah diri dan blend dalam kumpulan guru-guru yang sedia ada di sekolah itu. Carilah mutiara yang terselit dan berlian yang tersembunyi di sebalik kerang busuk yang anda nampak dan temui. Tentunya ada sekiranya anda benar-benar mencari dan membukan pintu hati dan kota fikiran anda; tentu anda temui the unsung heroes, guru-guru yang berjiwa mulia dan berhati waja, yang menabur bakti tanpa batasan.
Saya telah menulis begitu panjang lebar dalam blog saya dan saya telah sebutkan dari awal praktikum ,anda perlu membaca blog ini untuk mengikuti perkembangan terkini. Saya tahu ramai yang membaca tetapi ada juga yang tidak mencari masa untuk membacanya.
Saya doakan anda menjadi bertambah bahagia dengan kerjaya pilihan anda ini.

Sunday, July 26, 2009

Penyeliaan Praktikum Kali Pertama

Saya akan memulakan penyeliaan praktikum kali pertama kepada semua pelajar di bawah bimbingan saya. Saya telah melakukan bimbingan dan pra penyeliaan dua minggu yang lepas dan tibalah masanya untuk saya menilai hasil usaha mereka. Apa yang saya jangkakan?
1. Semua dokumen yang mahu disemak berada dengan mereka di bilik UBK sekolah masing-asing.
2.Semua dokumen berkenaan (Log Harian, Jurnal Mingguan, Folder Major, Folder Umum dan buku Rekod Mengajar) mesti lengkap dan dikemaskini sehingga hari penyeliaan dilakukan.
3. Penulisan semua dokumen berkenaan bukan sahaja perlu lengkap tetapi menunjukkan kecemerlangan ilmiah. Misalnya, dalam Log Harian, sekiranya nada menulis jam 8 hingga 9, pengurusan bilik UBK tidaklah lengkap dan cemerlang mengikut piawaian saya. Anda perlu menulis dengan penghayatan dan jelas, terperinci dan dengan kreativiti. Misalnya, untuk contoh sebelum ini, saya sangat mengharapkan anda menulis begini:
Masa ; 8 - 9 pagi: Saya membuat aktiviti menceriakan bilik UBK pada masa ini. Di antara perkara yang saya buat ialah mengemaskan meja, menyusun atur perabut, mewarnakan ...........
Tulislah dengan penuh penghayatan agar hasil penulisan anda kreatif dan transparent, cantik dibaca dan menarik dihayati.
Saya sedang mencari calon cemerlang; ia tidak mudah. Saya mahu anda bantu saya memudahkan kerja saya dalam percarian calon cemerlang. Suntiklah keindahan dan kreativiti dalam setiap penulisan termasuklah laporan anda untuk setiap aktiviti, program dan sesi. Tolonglah habiskan masa anda menyiapkan dokumen rasmi dengan konsentrasi dan minat agar hasilnya produktif. Jangan hanya melepas batuk di tangga; sekadar menulis begitu ringkas semata-mata untuk memastikan laporan kemas kini.
Saya harap jangkaan saya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang sangat saya sanjung tinggi.

H1N1

Saya pernah menulis dalam blog ini tentang perlunya kita berdoa agar kita dilindungi daripada terkena virus yang semakin menular ini. Hari ini, saya menulis lagi dengan harapan kita dapat terus berdoa dan solat hajat mohon Allah menjauhkan bala virus H1N1 daripada negara kita dan seluruh dunia. Nampaknya virus ini semakin menganas dan mendekati kehidupan kita. Id diarahkan balik hari Khamis lepas bila sekolahnya, Maktab Tentera DiRaja (RMC) diaarahkan tutup kerana ada pelajarnya yang dijangkiti. Jumaat, Id demam dan terpaksa dibawa ke Klinik untuk menerima rawatan dan diperiksa dengan begitu teliti. Doktor memberikan rawatan untuk demam biasa dan nampaknya dia semakin sembuh. Kesian dia yang terpaksa mengualangkaji pelajaran di rumah sedangkan SPM pun bukannya lama lagi. Saya juga kurang sihat semenjak balik dari KL dan mendapatkan rawatan di klinik, syukurlah , ia hanya simpton demam biasa; mungkin kerana kepenatan atau kerana perubahan drastik keadaan persekitaran ( di bilik seminar INTAN, air con nya sangat berkesan sehinggakan terasa seperti di Kutub yang begitu sejuk; tetapi balik ke KK, saya terasa bahang kepanasan sehingga lewat malam).
Berita bahawa jemaah tua dan kanak-kanak tidak dibenarkan menunaikan haji tahun ini kerana dikhuatiri jangkitan H1N1 yang menular ke Timor Tengah menjelang bulan Oktober merupakan berita yang mengecewakan saya. Nampaknya jangkitan melalui virus ini merupakan bala dan ujian Allah kepada manusia sejagat menjelang abad ke 21 ini. Walau bagaimanapun, saya merasakan usaha kita belum cukup berkesan dan jelas menanggani penularan virus ini. Dimana-mana kita pergi, orangramai masih memenuhi kawasan-kawasan awam (termasuk di airport, di pasaraya, shopping malls dll) tanpa kerisauan dan tanpa prosedur pencegahan yang sewajarnya. Misalnya, di lapangan terbang, penumpang yang terpaksa travel mempunyai sebab munasabah berada di airport; tetapi begitu ramai pula kaum keluarga dan sahabar handai termasuk anak-anak kecil yang ikut menghantar. Saya melihat hal ini di KLIA baru-baru ini; terfikir bahawa tiada pun tanda kerisauan tentang serangan virus itu. Apa yang cuba saya sampaikan ialah mungkin kita cuba mengelakkan diri di tempat-tempat awam sekiranya tiada urusan penting dan sekiranya tiada keperluan kita untuk beramai-ramai memenuhi kawasan awam yang ramai orang dan terdedah kepada pelbagai virus dan kuman. Tapi, mustahil untuk menyaksikan shopping malls yang lengang kerana bukankah bulan ini merupakan sale akhir tahun?
Apa-apapun, marilah sama-sama kita sungguh-sungguh berdoa dan solat hajat mohon ALLAH mengasihani kita dan melindungi kita daripada penularan virus itu (dan seumpamanya) .

Rumah baru





Yati mengadakan kenduri (bacaan Yasin dan solat hajat) di rumah baru yang tersergam indah di Taman Bukit Sepanggar. Alhamdulillah, seronok melihat Yati dan Nazri dianugerahi begitu banyak kurnia Allah ( Yati menamatkan Phd tahun lepas, Nazri sambung belajar dan bertugas di tempat baru tahun ini) . Moga-moga kalian berdua terus dilimpahi rahmatNYA sepanjang masa.










Saturday, July 25, 2009

My wonderful room mate



A Malacca born , Ross Azura is now lecturing in UNIMAS Sarawak. I had a pleasant encounter with this bright, intelligent and soft-spoken girl. What is more interesting, this high achiever is not a snob at all, very down to earth person. Hopefully we can work together on our cases.

Writing Cases workshop








The workshop was held at IMATEC Building, Intan Bukit Kiara from 20th till 24th July. It was jointly organised by INTAN and Harvard Business Club Malaysia. Professor Quinn D. Mills and Carole Winkler from Harvard were the lecturers ; patiently guiding us to write cases. I met many interesting individuals who came from various background (field); a large number from universities, there are also representatives from Akademi Pencukaian, Akademi Audit Negara, Akademi Kastam, the Nursing College, The army, the policemen and others who are involved in training and education. It was a fruitful and meaningful workshop; we had to write cases, formed a web group and will be closely monitored by Quinn and Carole. We will work online, presenting our cases to them, reviewing our friends' cases and teaching notes, online. Hopefully, by the time we meet again in November this year, we will become better case writers. I met a wonderful person as my room mate, Ross Azura from UNIMAS. Very young but very talented and I feel she will venture further in the academic field (clinical psychology). Will upload you photos later, Zura. Thank you for the moments shared as room mates.







Wednesday, July 22, 2009

Sunday, July 19, 2009

Tidur yang nyenyak

Saya menulis entri ini sebaik sahaja siap solat jama Isya' dan Maghrib. Sebaik sahaja mendaftar masuk jam 4.30 petang tadi (setelah seharian di rumah Kak Min yang mengambil saya di KLIA pagi tadi); saya terus mengemaskan kain baju (termasuk ironing semua baju yang dibawa). Selepas itu, saya cuma bercadang merehatkan diri tetapi saya terlena tidur dan hanyalah tersedar jam 11.30 malam. Tidur yang cukup lena mengantikan semalaman tidur yang hilang. Selalunya dalam flight, saya boleh melelapkan mata tapi hari ini tidak begitu. Kapal begitu bising; saya tak pasti berapa lama usia kapal ini tetapi bunyi enjin (tak pasti apa lagi bahagian lain yang berbunyi) membuatkan saya terjaga sepanjang penerbangan. Sampai sahaja di KLIA, Kak Min datang ambil. Seronok dengar cerita Kak Min yang baru dua minggu pulang dari UK. Beliau merupakan salah seorang daripada kumpulan kedua Pengetua-pengetua sekolah seluruh negara yang dihantar berkursus di King's College selama dua bulan. Sekolah-sekolah mereka dipilih menjadi sekolah kluster. Leka melihat gambar-gambar di sana (Kak Min sempat menghabiskan cuti hujung minggu melancong ke Paris dan Scotland dan tempat-tempat menarik di London). Saya sempat juga melihat kegigihan Kak Min untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pengajaran utama yang saya dapati hari ini ialah kesungguhan serta usaha yang gigih pasti menghasilkan kejayaan. Saya mahu berkongsi cerita (saya harap Kak Min tak kisah) bagaimana beliau terus mengadakan sesi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris beliau dengan guru-gurunya di sekolah sebaik sahaja beliau mengetahui beliau akan dihantar berkursus di London. Saya juga melihat seorang Pengetua yang proaktif dan sentiasa ingin memajukan diri (walaupun beliau hanya ada kurang 3 tahun sebelum bersara). Sangat IT savvy, beliau menyiapkan persembahan tugasan dengan slaid menarik dan penuh input. Kalau kita hendak, semua akan menjadi. Saya mengenali beliau sebagai Pengetua yang berusaha menyaipakn kerja sendiri tanpa banyak sangat bergantung kepada anak-anak buahnya. Saya berharap Kak Min akan membina blog beliau agar pengalaman beliau selama ini boleh dikongsi oleh guru-guru muda atau bakal-bakal guru.
Setiap detik yang berlalu dalam hidup kita merupakan proses pembelajaran kepada insan yang masih mendahagakan ilmu seperti saya. Orang-orang yang saya temui dalam kehidupan saya merupakan anugerah Allah kepada insan kerdil seperti saya untuk terus belajar dan menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.
Bilik penginapan saya di Intan Bukit Kiara ini sangat kondusif; sama tarafnya dengan hotel 4 star; kampusnya besar dan cantik (saya impikan kampus Gaya saya akan menjadi seperti ini satu hari nanti). Ada kawan yang tak nak menginap di sini tetapi sanggup berualang alik dari hotel di KL kerana katanya tiada life di kampus ini. Memang kampus ini agak terpinggir (tetapi tidaklah jaun sangat, hampir dengan Taman Tun Dr Ismail), tetapi suasananya yang nyaman dan tenang , sangat terapeutik seperti yang saya impikan. Saya harap Allah berikan kekuatan dan keupayaan fizikal kepada saya sepanjang berkursus kerana bilik penginapan agak jauh dari tempat berbengkel. Ada hikmahnya, berjalan akan menjadi satu senaman yang baik untuk saya.
Harapnya bengkel ini akan menghasilkan pengalaman baru yang lebih menarik kepada saya.

Saturday, July 18, 2009

Kesyukuran

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar sistem pesanan ringkas (sms), panggilan telefon dan e-mail. Maafkan saya sekiranya tidak dapat membalas satu persatu. Ingatan dan doa kalian semua sangat saya hargai. Hari ulangtahun yang ke 46 adalah hari yang sangat padat untuk saya. Bermula dari awal pagi, saya menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan berkesan - Kepimpinan Instructional (Pengajaran) dan Kepimpinan Futuristik kepada 80 guru di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Dewannya besar dan sistem PA yang sangat baik meningkatkan motivasi untuk menyampaikan ceramah dengan berkesan. Pendengarnya pula merupakan audien yang sangat menumpukan perhatian, mencelah bila sesuai serta sangat proaktif kepada input yang disampaikan. Satu input yang telah saya sediakan ialah meningkatkan motivasi diri sendiri yang akan memberikan inspirasi kepada orang lain. Ia sangat berkaitan dengan diri saya yang terlalu penat kerana banyak tuntutan kerja ditambah lagi dengan travelling. Kalau diikut rasa penat, sudah tentu saya tidak mampu memberikan inspirasi kepada orang lain terutamanya anak murid sendiri. Bagaimana saya hilangkan kesemua kepenatan dan merasa lapang hati? Mohon, mohon, mohon serta yakin Allah membantu. Saya sangat yakin bahawa Allah mendengar dan memperkenankan doa saya, yang ada kalanya hanyalah menyebut " Ya Allah, tolonglah aku, bantulah aku, permudahkanlah.."; tersangat ringkas tetapi diulang banyak kali penuh keyakinan dan menyerahkan segalanya kepada DIA Yang Maha Berkuasa.

Saya juga sedar sekiranya ALLAH belum memperkenankan hajat di hati, sudah tentu ada rahsiaNya yang Hanya Dia Mengetahui. Saya pasrah dan redha serta yakin Allah akan merahmati dengan anugerah lain yang lebih bermakna.
Anak-anak didik (KPLI Bimbingan & Kaunseling) hadir ke rumah membawa kek, hadiah dan juadah; siap dipesan kepada saya, usah sediakan makanan. Memang tak sempat pun walau di hati nak sangat menjamu mereka. Malam ini, perlu siapkan minit mesyuarat serta pack baju untuk terbang lagi awal pagi jam 6 ke Kuala Lumpur. Kali ini, saya akan berkursus (bengkel) Writing Cases Workshop di Intan Bukit Kiara selama seminggu.
Saqya mohon anda yang membaca entri blog saya sudi-sudikanlah meninggalkan komen; ramai yang membaca, rupanya tetapi tak dapat saya kesan kecuali jika anda menulis komen.
Saya lalui hari ini dengan jadual yang begitu padat. Namun begitu, sempat juga mengenang dia (yang telah pergi); hanya sedikit catatan ringkas dilontarkan melalui sms. Saya tahu dia mengenang saya tetapi .......ALLAH yang mengatur segala-galanya.

Saat ini dalam Kenangan
























































Kepimpinan Instructional dan kepimpinan futuristik

Pertama kali, saya diberikan tajuk ini. Ia suatu yang mencabar kerana saya perlu benar-benar menghayati dan memahami konsep sebelum menyampaikan input. Lebih mencabar bila saya hanya diberitahu dua hari sebelum ceramah. Alhamdulillah, Allah jua yang mempermudahkan usaha saya untuk mencari buku-buku yang berkaitan serta menyiapkan slaid persembahan. Syukur juga kerana saya dapat menyampaikan ceramah berkenaan dengan baik (saya sendiri perasan? tapi semua audien mendengar dengan penuh minat dan memberikan respons yang sesuai).
Kedua-dua konsep ini menekankan bahawa setiap manusia merupakan pemimpin dalam kapasiti tersendiri serta menjanakan stail kepimpinan abad ke 21. Lebih bayak saya membaca berkenaan kedua-dua konsep ini, lebih berminat saya mengetahui lebih mendalam.
Terima kasih kepada penganjur serta audien yang memberikan saya peluang untuk berfikir dan menggerakkan keupayaan kognitif saya. Berfikir dan berfikir, menaakul serta menterjemahkan kembali dalam bahasa yang paling sesuai merupakan cabaran hebat kepada minda saya. Syukur, kerana semuanya itu membuatkan saya lebih bertenaga serta lebih muda (perasan sendiri tapi anak Norlila juga sebut) ...
Intisarinya ialah manusia yang berhenti berfikir akan mempercepatkan usia sendiri.

Friday, July 17, 2009

46

I am 46 years old today. I have few wishes, simple but significant:
a. I wish that ALLAH will continue to bless me with health, wealth and Iman; and bless me always and forever with HIS GRACE and MERCY .
b. I wish I could give more to those who are in need
c. I wish I shall be a better person and a better Muslim.
d. I wish that the world will be more peaceful and better place to live.

I plan not to wish for many things. Of course, age is just a kind of figure (number) but definitely , it tells me, that its not going to be that long journey, anymore.
Thank you to those who have sent me wishes and doa.

Wednesday, July 15, 2009

Tiga hari yang berlalu

Seperti biasa, masa terlalu cepat berlalu. Sudah tiga hari saya berada di BPG Putrajaya menyiapkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Bukan suatu tugas yang mudah, tetapi tidak juga mencabar. Sukar kerana perlu menaip (menyiapkan dalam Word Document) dari mula, tiada softcopy daripada dokumen lama, tiada juga tempalat. Terima kasih kepada Tuan Haji Zarawi (IPGM Kampus Kota Bharu) yang membantu saya. Berita gembira saya terima pagi tadi ialah pembentangan sukatan KDP 14 M Guru Bimbingan di hadapan Jawatankuasa Kurikulum BPG diluluskan tanpa banyak pindaan . Tahniah kepada Tuan Haji Osman Karim (IPGM Kampus Perlis) dan Cik Angie Garet (IPGM Kampus IPTAR) yang telah membentangkan dengan begitu cemerlang. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Osman yang menelefon untuk memberitahu perkembangan serta mengenang juga sumbangan saya. Menyiapkan sukatan ini suatu yang memenatkan untuk saya sejak awal terlibat; bukan letih berulang alik untuk mengubal dan memurnikan, bukan juga penat bersekang mata menaip satu dokumen yang begitu tebal dengan sesempurna mungkin, tidak terasa langsung kepenatan dalam konteks fizikal. Ia suatu tugasan yang saya sangat seronok melakukan kerana saya terlibat dalam pembinaan matriks perbandingan kompetensi antara sukatan kami dengan sukatan PTK serta terlibat dengan perbincangan yang agak lama dengan teman-teman penyelaras kursus dari seluruh negara. Apa yang perit, kalau begitu? Biarlah sahaja ALLAH yang mengetahui (dan tentunya, teman-teman dalam panel); emosi yang terganggu oleh sikap insan yang tidak perihatin dengan keselesaan insan lain dan membantutkan diri insan lain untuk menyumbang lebih berkesan. Saya anggap semuanya merupakan proses pembelajaran dalam hidup ini dan saya juga tunduk kepada hakikat bahawa saya juga tidak terlepas , mungkin, daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Saya berdoa sukatan yang disemak semula ini yang telah diterima pakai akan membantu bakal-bakal peserta kursus (KDP 14M GBSR) untuk mendapat input secukupnya yang boleh diaplikasikan di sekolah nanti. Sukatan tidak akan berjaya sekiranya aplikasi dan penterjemahan ilmu dan kemahiran tidak diiringi oleh sikap yang positif dan komitmen yang ikhlas.
Tiga hari di Putrajaya, saya dijamu begitu kenyang oleh Kak Siti(Puan Siti Fatimah Pilus,). Hilang semua diet saya selama ini dek penangan sambal pijak gajah (ikan bilis dan cili padi hijau ditumbuk dan diperahkan asam limau kasturi). Tapi, mungkin juga lebih makan untuk menghilangkan kekalutan emosi.
Saya juga dibawa kak Siti bersiar-siar ke seluruh Putrajaya; amat nostalgik sungguh. Bayangkan saya berada di Putrajaya dari mula bandar ini ujud dan kemudian meninggalkannya untuk berhijrah ke KK. Sekali sekala hadir di sini selalunya tidak sempat menyaksikan progress yang berlaku. Tapi, dua hari, Kak Siti memandu saya ke seluruh Precint di Putrajaya dan saya benar-benar mengkagumi persekitaran bandaraya futuristik ini. Apa pun orang kata, bagi saya, ia lambang ketamadunan masa akan datang yang dihasilkan oleh pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang melangkaui abad masa kini. Walau bagaimanapun, traffic jam awal pagi menuju pejabat membuatkan saya rindu amat sangat kepada KK (yang walaupun berlaku juga kesesakan kereta, tetapi tidak begitu teruk). S aya tinggalkan Putrajaya dengan kebanggaaan terhadap reka bentuk bangunan serta kemewahan bandarnya; semuanya merupakan unsur-unsur penting untuk membangunkan ketamadunan sebuah negara bangsa.

Sunday, July 12, 2009

Teratak Nenda





Teratak Nenda terletak di Bt 24 1/2 Kampung Brisu, Melaka merupakan tempat dimana saya (dan adik-adik) dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Almarhun ninda tercinta, Haji Baba bin Abdul Rahman dan Hajah Lijah bte Arsat. Sekarang, Jafri (salah seorang adik ipar) menguruskan dusun dan rumah kami itu. Kemana pun saya pergi, dimana pun saya berada, tak mungkin lupa tempat kami bermain dan belajar menjadi manusia. Tadi, dalam perjalanan ke SMAP, RMC dan Putrajaya, kami singgah sebentar di sana. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana mengurniakan rezeki dalam buah-buahan yang melimpah ruah tahun ini; puas hati makan durian, rambutan, cempedak. Manggis dan mata kucing baru belajar berbuah. Ramai yang dapat berkongsi makan, moga-moga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Almarhum nenda berdua, dan kedua Almarhum ibu bapa (ibu disemadikan jauh di Ma'ala, Mekah Al Mukaramah; nenda dan abah di kampung). Amin










Saturday, July 11, 2009

Saringan


Semalan, saya mengambil penerbangan jam 415 petang dari KK ke KLIA. Isnin hingga Rabu, ada mesyuarat di BPG Putrajaya. Sektor KK-KLIA merupakan sektor tersibuk dalam konteks penerbangan domestik (kedua-dua terminal 1 dan 2 sentiasa sibuk) . Biasanya saya lebih gemar kapal besar seperti Air Bus; tetapi semalam saya kerisaauan pulak. Kapal dari Inschon, Korea transit di KK sebelum ke KLIA. MAS ada banyak penerbangan begitu (transit dari KLIA atau bandar lain seperti Tokyo, Taipei, Kaoschung dan Korea) dan tentunya kebanyakan penumpang ialah dari luar negara. Masuk sahaja kapal, terdengar ramai yang batuk dan selsema. Penumpang di sebelah saya, gadis comel dari Inschon begitu juga. Harap-harap keadaan mereka hanya simpton selsema dan batuk biasa. Sebaik keluar dari kapal (di bahagian ketibaan antarabangsa) kami disaring dan diminta isi borang. Agak lama juga prosedur sehingga penumpang dari KK gelisah (ada yang anggap mereka tidak akan disaring) . Pada pandangan saya, memang perlu saringan begitu; tambahan kita telah bercampur baur dengan bermacam-macam jenis penumpang dari luar negara. Cuma, agak kelam kabut kerana tidak diberikan taklimat lebih awal. Mungkin MAS boleh minta anak kapal mengumumkan tentang prosedur saringan dan minta penumpang bersedia, sekurang-kurangnya berbekalkan sebatang pen untuk mengisi borang saringan. Meja untuk menulis tidak banyak dan masing-masing terpaksa mencari ruang balai ketibaan yang sempit untuk menulis. Saya melihat jam, saya mengambil masa hampir 30 minit untuk melalui prosedur, berjalan ke terminal utama dan mengambil bagasi. Kadangkala , agensi terlibat perlu proaktif mencari satu mekanisma yang lebih baik untuk menlaksanakan prosedur sebegitu. Ia tidak rumit, tetapi mengambil masa kerana hal-hal remeh seperti pen, meja, borang yang diletakkan di meja kecil (dan bayangkan jika hampir 200 penumpang mahu ambil borang itu).

Apa-apa pun, doakan saya sihat dan tidak dijangkiti apa-apa.

Teman dari Jelebu



Alhamdulillah, pakcik Rosni dah sembuh dan mereka akan balik Ahad nanti. Lama tak jumpa Rosni, semoga lain kali kita jumpa dalam keadaan lebih selesa.

Friday, July 10, 2009

A sharing session







Yesterday, a group of our friends shared with me (and those who will be attending PTK DG48 course) their experience and tips on the PTK 48. They were among those who have attended the course recently held at Palace Hotel, Kota Kinabalu. It was a very significant session as each of them , not only related their experience , but gave us a detailed and comprehensive input on the format of the course and most importantly, the marking criteria (and scheme) which definitely will help us better in preparing ourselves for the course (and evaluation, too.) Your kindness and willingness to share are highly appreciated especially by me. Thank you for the notes and presentation slides . May GOD bless you all. Qudos to Mr Bong Koi Sin, Dr Ng Kee Chuan, Puan Hajah Marinah Malik, Mr Shanmuga Nathan and Encik Bustam Damam (am praying that all of you will get 4, 4).
P/S : The more I know, the more worried I am! But,of course, its good to know earlier what to expect. Hopefully I shall be well prepared.














Majlis Pengkisahan Sejarah IPGM Kampus Gaya(sempena ulangtahun ke 46: 4 Julai 1963)





Tahniah kepada Norlila (Ketua Jabatan Sains Sosial) dan pasukannya kerana berjaya menganjurkan majlis ini.






Thursday, July 9, 2009

Penulisan refleksi yang cemerlang

Saya telah habis melakukan lawatan pra penyeliaan kepada kesemua (10 orang) pelatih yang berada dalam bimbingan saya. Tahniah kerana anda semua telah memastikan rekod dan dokumentasi dikemaskini. Itu yang paling penting ; memastikan semua dokumentasi yang perlu dilengkapkan sentiasa lengkap setiap hari (log harian, jurnal mingguan, folder major dan folder umum disamping buku rekod mengajar untuk minor). Semua rekod berkenaan tidak boleh dipadamkan (diblanco, ditampalkan dengan helaian lain atau dipinda ) kerana semuanya adalah dokumen rasmi yang tidak boleh dipinda sesuka hati. Begitu juga dengan lokasi semua dokumentasi berkenaan; mesti berada di bilik UBK anda setiap masa.
Rata-ratanya, semua yang telah saya semak menunjukkan kesungguhan anda untuk cuba melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, tentunya banyak kekurangan serta lompang yang perlu anda lengkapkan. Penulisan refleksi perlu dibuat secara ilmiah, ditulis dengan bahasa akademik, serta tulisan tangan anda mesti boleh dibaca (kemas dan teliti). Penceritaan atau pengkisahan aktiviti sahaja bukanlah refleksi yang baik. Ia tidak bermakna sekiranya anda tidak melakukan refleksi kendiri yang mendalam, terperinci dan berfokus. Maksudnya, anda perlu mengaitkan kisah atau cerita anda mengenai aktiviti, program, kegiatan, sesi dengan proses pembelajaran dalam diri anda. Senaraikan dengan jelas (tajuk mesti ada) untuk kekuatan anda dan kekurangan anda bila menjalankan aktiviti, program, sesi atau semasa anda berhadapan dengan satu situasi, orang atau isu dan permasalahan. Kemudian, sila kaitkan kekuatan dan kekurangan anda dengan proses pembelajaran yang berlangsung kepada DIRI ANDA sebagai guru pelatih bimbingan dan kaunseling. Apakah impak atau kesan (yang terhasil daripada kekuatan atau kekurangan diri anda) kepada persediaan diri sebagai guru bimbingan? Apakah relevansi / kaitan isu/permasalahan atau perasaan dan pemikiran anda (yang anda kesan dalam senarai kekuatan dan kekurangan tadi) kepada keseluruhan proses pembelajaran anda? Anda belajar dan belajar sebenarnya setiap detik sepanjang tempoh praktikum. Perasaan yang anda tulis tidak membawa makna yang signifikan sekiranya anda hanya mencatat tetapi tidak mengulas kesannya kepada keseluruhan proses yang sedang berlaku dalam diri anda sendiri. Refleksi harian mesti ditulis dengan hati-hati; bahasa anda perlu bersantun dan usah menyalahkan orang lain , situasi yang berlaku atau keadaan persekitaran anda kerana anda sebenarnya TIDAK belajar apa-apa pun sekiranya meletakkan kelemahan, kekurangan atau kesilapan orang lain dalam proses yang sedang berlaku. Anda yang sedang belajar, anda yang sedang cuba merungkai segala kekeliruan dalam diri sendiri dan anda yang sedang mengenal pasti kekuatan diri untuk dijadikan potensi menjadi guru bimbingan yang cemerlang di masa akan datang.
Tidak mudah memisahkan perasaan dan kekalutan dalam emosi dengan keterbukaan menyemak diri anda sendiri. Pedulikan cabaran dan kekangan daripada persekitaran; jadikan semua itu sebagai batu loncatan atau catalyst untuk anda mencari strategi dan teknik adaptasi dan akomodasi yang paling sesuai. Usah harapkan persekitaran sekolah akan menyesuaikan dengan kehendak dan tuntutan anda; sangat mustahil. Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Sebagai murid baru belajar, anda carilah strategi dan teknik menyesuaikan diri dengan persekitaran agar mudah proses pembelajaran anda berjalan. Sekolah dimana anda ditempatkan adalah universiti sebenar anda untuk belajar mengenali orang lain (sudah tentu ada warna warni dalam personaliti mereka) dan unsur-unsur yang melengkapkan satu organisasi sekolah. Carilah yang positif di sebalik kesukaran dan cabaran; carilah kemanisan di sebalik keperitan; hulurkan senyuman paling manis terutama kepada mereka yang terlupa untuk senyum kepada anda. Anda perlu cari tenaga untuk menampung kepenatan fizikal anda, anda perlu muhasabah diri untuk menampung keperitan emosi anda dan paling penting sekali, anda perlu mencari bakat, potensi serta elemen-elemen keistimewaan dalam diri anda yang mampu mengubah segala impian menjadi kenyataan. Anda baru mulakan langkah perjuangan; usah tewas sebelum berjuang di gelanggang sebenar.
Teruskan muhasabah diri, tulis refleksi yang berilmiah dan padat intisari kandungannya dan tenangkan emosi anda agar anda melangkah lebih cemerlang. Pastikan anda berkerjasama dengan guru pembimbing (saya pasti mereka sudi membantu anda sekiranya anda menunjukkan kesungguhan anda untuk sudi dibantu) serta dengan semua orang di sekolah (termasuklah yang menunjukkan reaksi kurang positif dengan kehadiran anda).
Saya doakan anda agar mampu mengharungi semua ini dengan penuh kebijaksanaan, penuh adab dan cukup selesa. Ceria selalu !

Tuesday, July 7, 2009

Hari ini

Saya sebenarnya mahu upload gambar Rosni, kawan saya yang bercuti di KK dan bapa saudaranya yang sakit. Tetapi, kamera tertinggal dalam kereta dan tak larat nak turun lagi. Alhamdulillah, bapa saudara kawan yang tenat semalam sudah sedar tetapi masih penuh dengan tiub dan tidak boleh bercakap. Tengahari, saya berjumpa Rosni yang terbang balik ke KL jam 23o petang. Pagi saya hadir mesyuarat dengan Pengarah dan rakan-rakan dalam Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Kemudian, sempat melihat pelawat-pelawat dari Kementerian Pelajaran Oman yang segak berjubah tradidional mereka. Selepas menguruskan beberapa perkara di pejabat, saya terus ke pasar besar KK membeli sedikit lauk ; kemudian singgah sebentar di hospital . Pakcik yang mula membuka mata seronok agaknya melihat saya, wajah yang telah lama menghilang dari daerah Jelebu (hampir 6 tahun). Beliau cuba bercakap walaupun penuh tiub di mulut dan cuba mengangkat badannya untuk bangun. Memang tak boleh, puaslah kami (Norlila dan suaminya, Sabri) menenangkan beliau. Setiap kali saya mengikut Rosni ke rumah emaknya suatu masa dahulu (Ya ALLAH, macam dah berabad...), pakcik ni yang rumahnya sebelah rumah emak Rosni akan menegur "cikgu Zaidah, apa khabar?" Itulah ayatnya setiap kali saya melintas; ALLAH sebenarnya Maha Besar. ALLAH menghantar saya ke KK tentu ada sebabnya dan salah satunya ialah berada dengan keluarga Rosni yang sedang dalam kesukaran di satu tempat yang jauh dari kampung halaman mereka. Subhanallah.
Dalam kelam kabut hari ini, saya menerima panggilan daripada seoarng guru pembimbing yang merupakan anak didik saya. Beliau menyentuh hal yang saya sebutkan dalam entri semalam. Saya memang berhajat nak pergi menyelesaikan kes ini di sekolah itu tetapi saya hanya akan pergi, mungkin esok, bila keadaan tenang. Apa pun masalah atau isu tidak akan diselesaikan dengan bijaksana sekiranya tiada ketenangan. Doakan saya agar saya mampu dan diberikan pertolongan oleh ALLAH s.w.t untuk menangani hal ini dengan hikmah.
Terima kasih kepada komen-komen yang diberikan tentang hal ini serta panggilan telefon dan sms daripada rakan, anak didik dan pembaca blog yang perihatin. Saya sebenarnya tidak mampu menyelamatkan semua anak murid daripada melakukan kesalahan. Kegagalan, kesalahan dan kekhilafan merupakan elemen dalam proses pembelajaran.
Impian saya ialah kedua-dua kumpulan KPLI Bimbingan dan Kaunseling yang saya telah, sedang dan akan terus membimbing bersatu hati. Saya tidak melebihkan satu kumpulan dengan kumpulan lain, kedua-duanya sama penting, sama kasih sayang saya berikan. Kepada Dino, Maslinah dan rakan-rakan, walaupun anda semua telah graduate, saya tetap perihatin , sedia membantu dan sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar laluan kerjaya anda semua akan menjadi lancar, dipermudahkan ALLAH dan menjadi penjawat awam yang cemerlang. Kepada Nancy dan rakan-rakan , saya mahukan anda tentunya menjadi pelatih yang cemerlang, yang berani mengakui kesilapan serta mengubah diri sekiranya ada keperluan dan menyesuaikan dengan respons persekitaran. Tidak mudah bagi kedua-dua kumpulan anda tetapi sekiranya anda bersatu hati dan mengorak langkah secara berkolaborasi (antara yang senior dan junior); pastinya cabaran mendatang akan lebih mudah dan pantas ditanggani. Siapa pun anda, saya tetap melayan anda sebagi insan yang dimuliakan Tuhan, insan yang mampu menyumbang ke arah kecemerlangan bangsa.
Saya terharu dengan komen Ira (isteri Dino), terima kasih. Saya yakin anda akan menjadi seoarng teman dan seorang isteri yang menyokong komitmen suami dalam menterjemahkan kegigihan beliau dalam bekerja; pada masa yang sama, akan terus mengorak langkah menjadi guru bimbingan yang sama cemerlang seperti Dino.
Saya berharap akan tidur nyenyak malam ini; walaupun saya menantikan tetamu (2 rakan dari KL) yang akan bermalam di rumah saya sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang esok. Flight mereka delay dan agaknya akan sampai jam 11 malam.
Hari ini, semasa bertemu dengan pelatih-pelatih B.Ed TESL Cohort 3, yang pulang semula ke Gaya setelah beberapa ketika di Shah Alam; terkenang Cohort 5 yang sedang dalam kekeliruan dan kebingungan dalam menghadapi hari-hari pertama mereka di kampus Shah Alam. Rindunya pada keletah dan ragam mereka.
Hari ini, dalam segala kesibukan, ingatan melayang juga pada orang yang diizinkan pergi. YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk mampu merawat kerinduan ini untuk selamanya.
Hari ini, mungkin kerana penat, mungkin terusik dengan insiden guru pelatih, atau mungkin kerana....., air mata ku tumpah juga, selebat hujan yang turun semalam...

Monday, July 6, 2009

Kesantunan bahasa


Walaupun badan tersangat penat, saya masih tak dapat lelapkan mata. Email dari seorang pelatih di bawah penyeliaan saya menganggu ketenteraman jiwa. Beliau mengadu dimarahi GB kerana menulis refleksi yang menunjukkan kelemahan sekolah dalam menguruskan bilik UBK. Saya belum lihat tulisannya, jadi tak dapatlah beri komen selayaknya. Isu kejujuran, keterbukaan dan transperency sering menghambat kita sebagai kaunselor. Saya mengajar mereka menjadi diri mereka yang sebenarnya, menyuarakan sesuatu yang benar tanpa takut dan selindung. Saya membina diri mereka agar tidak jadi hipokrit dan pengampu. Kalau mereka begitu, sayakah yang salah ajar?
Memang sukar menerima kenyataan yang benar tapi pahit dikatakan. Hanya insan-insan agung yang mampu menerima teguran dan komen secara terbuka dan tidak defensif.
Apa yang boleh saya katakan? Saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa A tetap A, ia tak boleh jadi B atau C.
Cuma, aturkan bicara selembut mungkin, baik lisan di mulut mahupun pena menulis; sentiasa ingat sopan santun dalam berbahasa agar tidak disalah tafsir dan tidak menunjukkan ego sendiri.
Banyak lagi akan kamu lalui, ini hanyalah sebahagian, sekelumit....semuanya merupakan proses pembelajaran...dan kita tak akan berhenti belajar, belajar, belajar.....masa akan mematangkan kita tetapi belajar tetap diteruskan. Pandanglah sesuatu dengan mata hati...

?

Saya tak pasti nak letak tajuk untuk entri ini. Semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama. Rosni dan saya pernah berjiran masa mula-mula saya ditempatkan mengajar di Jelebu dulu. Rosni dan keluarganya yang menjadi keluarga angkat saya ketika itu. Banyak kami kongsi ,kemudian kami terpisah selepas saya tidak lagi solo dan mengajar di tempat lain. Entah mengapa, panggilan telefon pun jarang dan tak disedari bertahun-tahun , tak bersua muka. Beliau berada di KK bercuti bersama keluarganya termasuklah membawa bapa saudaranya. Semalam tak sempat nak jumpa; rupa-rupanya dia cuba menghubungi saya berkali-kali malam tadi tetapi setiap panggilan masuk mesin suara. Aneh; saya tidak langsung off telefon. Bapa saudaranya yang berumur 80 tahun tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Queen malam tadi. Petang lepas pejabat, baru saya menziarah dan terkejut melihat bapa saudaranya sedang koma dan bergantung kepada mesin pernafasan. Lama juga berada di hospital, sempat berbuka dan solat magrib di surau hospital.

Ya ALLAH, bantulah dan lapangkan kesakitan hambaMu itu, permudahkanlah bagi beliau apa yang Kau rasa terbaik untuknya. Amin.

Sunday, July 5, 2009

Menjamu selera





Alhamdulillah, akhirnya dapatlah juga saya menjamu anak-anak murid di rumah. Selalunya saya membawa juadah yang dimasak ke kelas tetapi kali ini, saya membuka pintu rumah kepada mereka. Menunya ialah nasi putih berlaukkan Tom Yam, ikan tenggiri masak black pepper dan sambal belacan. Ringkas tetapi harapnya mengenyangkan. Seronoknya ialah habis makan, mereka bergotong royong membasuh pinggan mangkuk dan mengelap dapur. Bolehlah datang selalu, ye?