FEEL SO BLESSED BY ALLAH

ALLAH awards me with so much blessings ; there are no words to describe HIS GIFTS to me. Every second of my life, every beat of my heart, from the day I was born till now ; I have been blessed. I read Surah ArRahman many times; and feel blessed even more. I want Islam to be the only way of life for me; there is no other Creator than ALLAH THE ALMIGHTY; Muhammad (PBUH) is my Prophet; ALQuran as my guide. YET, HAVE I DONE ENOUGH TO SHOW MY GRATITUDE TO ALLAH ALMIGHTY FOR ALL HIS BLESSINGS?

Friday, May 22, 2009

KENDURI KESYUKURAN




Setiap saat saya bersyukur. Alhamdulillah, Segala Puji-pujian untuk ALLAH yang mengurniakan nikmat yang terlalu banyak. Malam tadi, saya berkongsi mensyukuri nikmat ALLAH dengan jemaah di surau An Nur Gaya. Beberapa rakan dan anak-anak murid bersama-sama dalam bacaan Ysin, solat hajat serta doa memohon kesejahteraan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk semua warga IPGM serta semua handai dan taulan. Terima kasih kepada semua terutama Al Uztaz Abdul Rahman yang memimpin jemaah malam itu.
Apa yang disyukuri?
Nikmat Islam, Iman dan Hidayah - itulah nikmat paling istimewa kurniaan ALLAH kepada saya.






















To err is human...

To forgive is divine??

This was something that took place three days ago. I could not find the right words to describe my feelings. A friend came to see me to compliment how smart I am as I had passed PTK with very good results (twice, in fact; DG41 & DG 44). Almost a month ago, the same person had backstabbed me and said very inappropriate words about me to another friend. And, I havent done anything to him (yes, its a guy, we normally assume all this will come from a woman' s mouth!) Too bad; I definitely heard it loud and clear, not from one person but three different people)

I guess age is really catching up on me. It did not anger me (as normally it would!) although somehow it upsets me. And, to have the same person facing me , sweet talks and with lots of compliments , really made me so uncomfortable. I am not a hyprocite person and I do stand on my principles; I may forgive but how could I forget? And, in the first place, if he never says the three magic words, how on earth could I extend my forgiveness?

I tried to just forgive and forget; tried to ask Allah to calm me...but I know, it has a tendency to happen again and again....he's forgiven now and before I could expect, he will do it again (backstabbing!); I am tired emotionally as I have been tested on this matter again and again.

Please pray that I can become more forgiving to this particular person....

Monday, May 18, 2009

An Educational trip to SMK(P) Likas


This morning, another group project from KPLI Bimbingan & Kaunseling trainees. They organized a trip to SMK (P) Likas to learn how guidance and counseling is being implemented at a secondary school. I suggested the school as the school counsellor, Puan Anangka is a very experienced counselor and the UBK room has been a showcase room since a few years back.
My sincerest appreciation to Puan Hetty (the Principal) and Puan Anang who made our visit interesting and educational . Congrats to Fatmawaty, Sariwaty, Norhayati and Chong for a job well-done.






RAHMAT ALLAH

Alhamdulillah; Segala Puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan Pemelihara Semesta Alam. Lewat petang ini, sebelum balik ke rumah, saya dikhabarkan berita gembira. Saya lulus PTK dengan keputusan 4, 4. Sujud syukur kepada ALLAH yang telah memberikan satu lagi nikmat kepada hambaNya ini . Sesungguhnya apa sahaja nikmat dan rezeki adalah daripadaNYA semata-mata; Dialah Pemberi Rezeki dan rahmatnya terlalu banyak.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAU ADALAH TUHANKU, YANG TELAH MENCIPTA DIRIKU INI; APA SAHAJA NIKMAT YANG AKU DAPAT ADALAH KEPUNYAANMU; DAN KEPADAMU, AKU PASTI AKAN KEMBALI.

YA ALLAH, AKU ADALAH HAMBAMU YANG SENTIASA CUBA MEMEGANG JANJIKU PADAMU DAN BERUSAHA TAAT KEPADA MU, LINDUNGILAH AKU DARIPADA KEJAHATAN DIRIKU; AKU MENGAKUI NIKMAT YANG BANYAK KAU YANG BERIKAN KEPADA KU; AKU JUGA MENGAKUI DOSA-DOSA KU KEPADA MU.

AMPUNKANLAH AKU, YA ALLAH, KERANA TIADA YANG LAIN DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA AKU KECUALI KAU , TUHANKU YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.

TETAPKAN IMANKU, YA ALLAH, KURNIAKAN KEPADA KU NIKMAT YANG TIDAK TERHABIS DAN TEMUKANLAH AKU DENGAN KEKASIHMU, NABI MUHAMMAD SAW DI SYURGA KELAK. AMIN .

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya semasa menduduki PTK tempoh hari.

Sunday, May 17, 2009

Mohon Perlindungan

Marilah kita sama-sama berdoa , memohon perlindungan daripada ALLAH SWT, Tuhan Yang Maha Melindungi; agar kita diselamatkan daripada virus yang sedang menyerang seluruh dunia. Mudah-mudahan ALLAH melindungi kita, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta seluruh negara kita (dan dunia sejagat) daripada bala penyakit yang dibawa oleh virus berkenaan. Sehubungan itu, kebetulan hari ini adalah hari memperingati AIDS & HIV Sedunia; marilah kita memohon juga daripada ALLAH, satu-satunya Pelindung kita untuk menyelamatkan kita semua daripada kedua-dua penyakit yang semakin menular di seluruh dunia. Bersama kita mendidik, membimbing dan menyedarkan anak-anak kita serta masyarakat kita agar menghindari daripada kedua-dua penyakit itu. Marilah kita kembali kepada jalanNYA agar kita terselamat daripada sebarang bala di dunia ini. Moga rahmat dan kasih sayang ALLAH mengiringi perjalanan kita di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

More pictures


































Saturday, May 16, 2009

Farhana

Saya menonton cerita Farhana di TV3 malam tadi. Selalunya tidak juga menonton tetapi ada kawan-kawan datang menziarah; sambil-sambil sembang, kami menonton tv. Semua sepakat tidak mahu menonton AF (Astro) dan sebaliknya, mengikuti kisah Farhana. Mungkin kerana kami semua cikgu, kisah cikgu yang dipaparkan lebih menambat hati. Terkenang hampir 19 tahun yang lepas, saya juga mendaftar diri pertama kali sebagai guru terlatih di sebuah daerah di Negeri Sembilan, Kuala Klawang (Jelebu). Tidak secantik dan tidak seglamor Cikgu Farhana seperti dikisahkan, saya juga bimbang sangat untuk memulakan kehidupan baru di sebuah daerah yang begitu asing. Tiga daripada rakan dalam kumpulan kami, KPLI Tesl ditempatkan di sana (Alice, Ija dan saya); lain-lain sekolah. Ija dan Alice satu sekolah; kawan-kawan lain semua terpisah (Yus di Temerloh, Mar di KL, Neela, Prasana dan Kulwant juga di KL). Kami tidak ramai, 12 orang, semua perempuan tetapi cukup menguji darjah kesabaran pensyarah-pensyarah kami, Madam Radha (masih segar di ingatan riuhnya mulut beliau ), Ms Nali (tak kan lupa cheese cake buatannya serta kelembutan gayanya membuatkan kami belajar literature dengan penuh semangat), Puan Juwariyah (saya ingat dia, saya ingat Phonetics) dan Mrs Lee (sicantik manis, menawan dan a real lady). Kami hilang seorang (tinggal 11) di hujung semester (tinggal seminggu lagi nak final exam) ; Al Fatihah untuk Arwah Suhanah yang meninggal dunia kerana penyakit asma. Kami menyewa satu rumah bertiga (Arwah Su, Yus dan saya) dan kehilangannya di depan mata kami memang satu yang traumatik buat saya. Kembali ke cerita posting; saya akhirnya seronok mengajar di Sekolah Tinggi Dato Undang Musa Alhaj kerana di situlah, semua kemahiran, pengetahuan dan bakat saya teruji. Yang paling seronok, saya jadi guru koperasi (membantu seorang guru lain yang sangat berpengalaman); pernah mengikuti kursus pengurusan kewangan koperasidan kami pernah menang anugerah pengurusan koperasi. Di sana juga, saya belajar menajamkan kemahiran memandu saya . Bayangkan saya berulang alik dari rumah Abah di Seremban ke Jelebu setiap hari dalam keadaan jalan berbukit, sempit dan berliku. Semuanya tinggal kenangan dan hari ini, saya mengingatkan kembali semua kejadian itu dengan penuh syukur. Allah tempatkan saya di sana untuk bertemu dengan ramai manusia yang baik hati dan signifikan dalam kehidupan saya termasuklah Ibu Mertuaku...
Saya seronok juga mengiringi dan membimbing pelajar-pelajar menyertai pertandingan dan aktiviti anjuran PPD dan Jabatan (walaupun ada kalanya saya sesat mencari jalan ke tempat pertandingan; pernah kami termasuk dalam kawasan Felda yang hampir 20 km sudah tersasar dari tempat sebenarnya). Namakan saja pertandingan; bahas, choral speaking, drama, semuanya kami sertai dan pasukan sekolah merupakan antara yang terbaik di sana (kategori luar bandar). Tapi, ada sekali kami menang choral speaking peringkat negeri dan Pengetua belanja kami (guru dan pelajar-pelajar) makan KFC. Kembara saya di Negeri Sembilan merupakan kenangan terindah dalam hidup sebagai guru kerana di sanalah, bermulanya saya mengenali erti dunia pendidikan yang sebenarnya. Apa yang saya dapat di sana menjadi panduan yang baik untuk saya meneruskan khidmat sebagai pendidik.

Another Bainah in the making...







This is Elin, my friend, Bainah's youngest girl. Initially, she looked very worried and scared and almost cried but thanks to Josephine, this sweet girl really enjoyed herself till the end of the programme. Bainah, she is a younger image of you; cheeky, talkative and the smile really melts some boy's heart.
To Jo, you are in the right profession; no doubt about it. Motherly, caring, patient and skillful handling kids. Thank you.

GURU

Saya mahu berkongsi tiga ucapan/sms saya terima hari ini; terima kasih . Maaf, tak dapat masuk semua kerana sukar nak baca dari inbox text handphone.

1. Guru, dalam ajarnya, ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diamnya ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru.

2. without teacher :-
sadday
moanday
tearsday
wasteday
thirstday
fightday
shatterday;
so, HAPPY TEACHER'S DAY

3. Ibu cakap cikgu macam Maggi, makanan rutin waktu susah. Ayah cakap cikgu macam D Seekers, menakutkan. Atuk cakap cikgu macam Astro, macam-macam ada. Tapi, saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga.

Saya mengenang jasa guru-guru saya yang telah mendidik dan menjadikan saya seorang guru juga. AlFatihah untuk cikgu-cikgu yang telah kembali ke Rahmatullah. Kepada guru-guru saya, doa saya mudah-mudahan cikgu dirahmati ALLAH di dunia dan di akhirat.

Group Project

Today, two groups from KPLI Bimbingan & Kaunseling organized a motivational programme as part of their KKBI (Kerja Kursus Berasaskan Ilmu) assignment. They were requested to plan and carry out one project which will be documented systematically before submitting to me. I am very proud that the two groups organizing today's programme had successfully carried out the activities well. Their target group was our staff's children. Although it was a small group, they have managed to make the activities interesting. Definitely, there is room for improvement. But, as their first effort to implement what they have learned during lectures; it was a good try. I noticed all of you enjoyed the programme as much as the participants. Thank you , dear students; for a memorable teacher's day gift for me.

The best teacher's day gift









Well done to Mae's and Awang's group!












SELAMAT HARI GURU




Selamat hari guru kepada semua guru saya, semua pelajar-pelajar saya (KPLI, KDP, B.ED TESL) yang telah bergelar guru, semua rakan taulan di kalangan guru dan pensyarah serta semua insan terpilih bergelar CIKGU.

Monday, May 11, 2009

Saturday, May 9, 2009

Specially dedicated to all my children & students

It is so easy for me to love you all
Today is a beautiful day for me
As streams of wishes filled my inbox text
I just want to tell you all
How it has been a real pleasure for me to reach out and touch your lives
As my love for you all grows each passing day
I pledge a promise to make you all happy
I love you all unconditionally
Let me reaffirm my love to you all on this special day
I am truly blessed by having you all as my children

(Thank you Azah, Wan, Id, Apiq, Iman and those whom I have the honour to be included in your life)

A self-learned skill

ROSES OF LOVE




HARI IBU


Kepada guru-guru pelatih KPLI Bimbingan dan Kaunseling IPGM Kampus Gaya, terima kasih atas jambangan bunga yang begitu cantik serta ucapan Selamat Hari Ibu yang diberikan . Very touching and so sweet of you all. Saya bahagia menjadi guru, pensyarah, ibu, kakak, mentor ....kepada anda semua. Begitu cepat masa berlalu, hampir empat bulan kita mengharongi suka duka dalam hubungan kita sebagai pensyarah dan pelatih. Terimalah saya seadanya sebagaimana saya berusaha menerima anda semua seadanya.